Pengendali pusat hiburan di Johor Bahru mahu pihak majlis tempatan memberi sedikit kelonggaran berhubung larangan aktiviti hiburan pada hujung minggu ini yang kebetulannya jatuh pada hari keputeraan Nabi Muhammad SAW atau Maulidur Rasul pada Ahad ini.
Pihak berkuasa tempatan sejak Isnin lalu telah mengedarkan surat pekeliling kepada semua pengusaha dan pengendali pusat hiburan memaklumkan kepada mereka larangan itu akan dikuatkuasakan mulai jam 7 petang 4 Februari ini hingga jam 7 pagi keesokannnya.
Menurut presiden, Persatuan Pengendali Pusat Hiburan Johor, Tan Yam Meng, larangan itu meliputi semua kelab malam, pub, pusat karaoke, spa, rumah urut, pusat biliard dan semua panggung wayang.
Tan berkata meskipun persatuan itu "100 peratus" menghormati hari kelepasan cuti agama itu tetapi merayu pihak berkuasa "melonggarkan" larangan itu kerana tindakan berkenaan akan menjejaskan teruk sumber mata pencarian mereka.
Katanya, mereka yang terbabit dengan industri hiburan itu menaruh harapan dan ingin mengambil kesempatan jumlah orang ramai yang akan keluar pada malam Sabtu ini kerana hujung minggu yang panjang. Ini kerana sesetengah negeri juga mengisytiharkan cuti umum sempena Thaipusam pada Selasa ini.
"Ramai pengendali pusat hiburan yang bercuti panjang semasa Tahun Baru Cina dan berharap sekarang masa terbaik bagi menjalankan perniagaan sebelum musim perayaan berakhir.
"Bagaimanapun, larangan pihak berkuasa itu telah merampas satu hari perniagaan yang penting dari kami," katanya sambil menambah bahawa kira-kira 500 hingga 600 perniagaan akan terjejas.
HELO FRENS.....DIMANA UMNO KUAT WARGA MELAYU HIDUP MEREMPAT...DIMANA UMNO GAGAH DAN KUAT DISITU BERSELERAK TEMPAT MAKSIAT...FUYOOOOOO... SUNGGUH DAHSYAT!!!
OMAK KAU
Lepas ni orang Johor Baharu boleh la jemput Hassan Aqidah buat ceramah kat sana tu.
ReplyDeleteKan Hassan Aqidah ni pejuang......
Aku rasa Ghani Osman tak keberatan utk menjemput si Hassan Aqidah ni....
Mana la tau dia boleh bersihkan JB dpd maksiat/arak/judi.
Dia ni ada PHD.....sure dahsyat punya
Taukeh2 cina pusat hiburan mesti tak boleh buat apa punya.
Di P Pinang lagi banyak tempat hiburan, kalau berani suruhlah Khalifah korang hentikan.
ReplyDeleteSuruh la hasan ali pi serbu
ReplyDelete