Monday, February 13, 2012

PANAS!!!! Mat Maslan sudah berani berdebat, tapi dengan tong sampah...


Ahmad Maslan bakul sampahkan Buku Jingga
-Malaysiakini

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan hari ini mencampak Buku Jingga ke dalam tong sampah tanda tidak puas hati terhadap dasar bersama Pakatan Rakyat dalam isu Felda yang dipertikaikannya.


Menurutnya, beliau mengambil tindakan itu dalam majlis perjumpaan bersama kepimpinan tanah rancangan itu di Kuala Lumpur hari ini kerana beberapa perkara yang diketengahkan pembangkang didakwa tidak berdasarkan maklumat yang tepat.

Tindakan simbolik itu dibuat di pentas ketika sesi penerangan lebih dua jam kepada pemimpin Felda daripada keseluruhan 317 tanah rancangannya berlangsung hari ini.Baca semua di sini.

Mazlan Aliman ajak berdebat penakut. Anwar cabar Najib berdebat, Mat Maslan kata debat budaya barat.

Hari ini rupanya, Mat Maslan buat kejutan dengan menunjukkan cara berdebat paling bodoh. Berdebat dengan tong sampah tepi rostrum...admin

Terbukti Umno kini buruk daripada kepala sampai keekor.Tak hairanlah samseng-samseng Umno bertindak liar dalam majlis ceramah Asalkan Bukan Umno, ceramah kebangkitan mahasiswa di Klang dan Shah Alam.

Kata orang bapa borek anak rintik.Ketam ajar anak berjalan betul.Cikgu kencing berlari anak murid kencing berlari.


Hujah dibalas dengan hujah bukan buat perangai macam budak tak sekolah buang buku jingga dalam tong sampah.Kalau macam ni perangai Timbalan Menteri apa nak kisah perangai budak-budak samseng Umno.


Apakah bala dan petanda bahawa Umno kini memang semakin parah, kering hujah dan amat buruk kelaku.Dulu bekas MB Selangor bagi penyapu kepada pegawai daerah akhirnya rakyat Selangor tumbangkan Umno-BN di Selangor pru 12.

Kini Ahmad Maslan bertaraf timbalan menteri buat perangai bodoh maka akan hancurlah Umno di peringkat persekutuan pru 13 akan datang.MisaiMerah

No comments:

Post a Comment