Dua hari lepas aku diberitahu bahawa orang2 umno di teluk intan di kawasan perkampungan tertentu mendapat bayaran rm60.00 dengan kemudahan bas pergi balik termasuk makanan untuk memeriahkan aktiviti najib di gopeng. Aku tulis memeriahkan tetapi istilah lebih tepat sebenarnya meramaikan.
Individu yang laporkan benda neh pada aku minta aku sebarkan isu neh dalam blog. Aku cakap dengan dia boleh. Ko ada tangkap gambar bas? Takde. Ko ada tangkap gambar ahli2 umno teluk intan kawasan yang berada di sekitar gopeng? Takde. Ko ada rakam tak perbualan ko dengan pakcik yang dapat rm60 tue? Takde.
Habis, apa yang ko ada? Aku ada pengakuan pakcik tue lah. Dia tue sebenarnya ahli umno yang dah was2. Dia cakap umno sekarang dah terdesak. Sanggup upah orang untuk suruh berhimpun. Pakcik tue dah taktau nak undi sapa. [Kalau aku kenal pakcik tue aku direct cakap, pakcik undi pas je lah]. Dah tue ko nak aku tulis macam mana? Guna modal perkataan jek?
Ko ingat orang akan percaya? Zaman sekarang neh apa pun nak bukti. Oleh kerana aku kenal ko maka sudah tentu kredibliti ko, aku percaya dan yakin. Tapi sayang, bukan seme orang kenal ko. Hanya aku jek kenal ko. Orang yang tak kenal ko takan percayakan ko. Tak kirala benda yang ko cakap tue benar sekalipun.
Ini soal kredibliti dan kebolehpercayaan. Seseorang yang kita tak kenal, even dia bagitau benda betul sekalipun kalau kita tak kenal dia memang kita berhak nak meragui kenyataan dia. Dia sapa? Aku pun tak kenal. So macam mana nak percaya? Sebab tue aku malas nak UP benda macam neh.
Walaupun sebelum dia citer benda tue kat aku, benda neh pun dah keluar dari mulut sedara aku sendiri. Dia cakap ada orang ajak dia pergi menyertai perhimpunan najib. Dia ingat kat teluk intan. Memang dia nak sungguh. Dapat rm100.00 [sedara aku cakap dapat seratus].
Tapi last2 bukan kat sini tapi di ipoh. Malas lah dia. Aku cakap kat dia lainkali orang ajak berjalan pergi je lah. Dah lah dia neh malas berjalan. Suka terperuk jek. Kalau segan ajak aku sekali. Aku mesti pergi. Dapat duit sapa taknak. Undi aku punya pasal. Ada aku kesah?
kah kah kah
Dan tadi ada pula seseorang email aku gambar2 kat bawah neh. Dia tak cakap apa pun. Just bagi aku gambar neh. Aku tahu perhimpunan tue tak ramai mana. Ia diramaikan melalui pelbagai cara samada guna kuasa duit ataupun kuasa rasmi [paksa kakitangan awam hadir atas pelbagai alasan tertentu].
Lihatlah sendiri ;
Aku tak kenal sapa dua orang neh. Dorang neh artis atau apa aku memang taktau. Usah kata identiti dorang, jantina dorang pun aku confused. Sekali tengok macam perempuan dua kali tengok macam bapok. Berkali2 tengok tah lah.. macam2 rupa pun ada.
Apa pun kalau inilah benda yang najib nak sampaikan di perhimpunan rakyat, aku cadang jangan diteruskan lagi. Ingat, statement najib sendiri ==> saya jaga akidah? Ingat? Bagos. Berani cakap kena berani amal. Jangan berani cakap dan berani tebal muka. Tak berapa bagos disitu sebab awak tue pemimpin negara.
Jaga akidah bukan hanya di kawasan kuil sahaja. Ia perlu berada di mana2 selagi mana anda masih bergelar seorang muslim. Apatah lagi anda seorang pemimpin. Kalau najib sudi, dengarlah cadangan aku. Aku cadangkan instead of hiburan bebal neh yang memang bersepah2 wujud di pelbagai saluran apa kata najib ajak rakyat berdebat.
Kalau najib takmo berdebat dengan dsai, maka berdebatlah dengan rakyat. Kalau takmo berdebat, apa kata biarkan rakyat gunakan platform neh untuk meluahkan rasa tidak puas ahti mereka. Bagaimana? Kata perhimpunan rakyat kan? So inilah masanya untuk rakyat berpeluang bertemu pemimpin dan luahkan masalah mereka tanpa melalui orang tengah.
Kalau najib sudi berbuat demikian aku pun sudi nak pergi dan luahkan segala apa benda yang aku tak puas ahti kat bien dan umno secara direct tanpa tapisan. Tapi minta tolong satu perkara lah. Janganlah ditahan aku masuk ISA pula hanya kerana semata2 bercakap benar. Boleh? Bai.
Ameno : Kesian budak2 tue.. jadi mangsa.. alahai.
ReplyDeletearrayah.info : Adakah Benar Akidah Perdana Menteri Dijaga ketika Jadi Pemimpin Islam?
itu bapokkkkkkkkkkkkkkk...lariiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!!
ReplyDeleteTambahan P/S:Adik2 yg kat belakang tu semua jgn tiru aksi AKAK tu di rumah
ReplyDelete