CHERAS, 18 FEB : Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu mengalu-alukan Jawatankuasa Bersih menganjurkan Bersih 3 bagi membantah kenaikan daftar pemilih yang didakwa 'pelik' di sembilan kawasan Parlimen di Selangor.
" Daftar pemilih di Selangor berlaku satu perkara yang pelik di sembilan kawasan Parlimen. Parlimen Subang kenaikan daftar pemilih sebanyak 35 peratus. Kawasan Kota Raja naik lebih kurang 28 peratus. Puchong lebih kurang 20 peratus. Serdang dan sebagainya. Sembilan kawasan Parlimen kenaikan pengundi lebih daripada 20 peratus.
" Oleh itu hadirin sekalian, Bersih 3 mesti diadakan,"katanya ketika berucap pada siri jelajah Asalkan Bukan UMNO (ABU), di Madrasah Ehsaniah Taman Bukit Anggerik, di sini malam tadi.
Mohamad yang lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu berkata, mesyuarat Pakatan Rakyat baru-baru memandang serius perkara itu.
Oleh itu katanya, Pakatan Rakyat akan menyokong sekiranya satu lagi perhimpunan bersar-besaran diadakan bagi membantah daftar pemilih yang meragukan itu agar pilihan raya dapat dijalankan dengan adil dan bersih.
" Cara nak buat, kita serah kepada badan induk itu. Serah kepada Datuk A. Samad Said bagaimana untuk kita lancarkan Bersih 3.Pas, Keadilan dan DAP akan menyokong sebarang tindakan yang dicadangkan oleh NGO Bersih 3," ujarnya lagi.
Beliau memberi contoh bagaimana kenaikan daftar pemilih di Subang yang begitu tinggi dilihat begitu berbeza dengan kawasan berhampirannya itu Petaling Jaya Utara.
" Sedangkan Parlimen yang bersebelahan Petaling Jaya Utara kawasan Tony Pua, kenaikan daftar pemilih hanya 7 peratus. Kenapa berlaku begitu tidak seimbang? Ini yang menjadi bahan renungan kita. Sepatutnya kalau Subang nak 35 peratus, sekurang-kurangnya Petaling Jaya Utara 25 peratus,"katanya.
Tambahnya lagi, senario pertambahan jumlah daftar pemilih ini lah yang menyebabkan kerajaan Pas di Terengganu tumbang pada 2004.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melaksanakan penyiasatan terperinci terhadap 42,000 senarai nama yang meragukan di dalam senarai daftar pemilih yang tidak mendaftar dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
"Sekiranya perkara itu tidak di atasi segera, Pakatan Rakyat mendesak SPR supaya tidak melaksanakan pilihan raya sehinggalah siasatan selesai," katanya pada sidang media Ibu Pejabat PKR baru-baru ini.
Sokong 100%. Pengundi cina di Bukit Baru Melaka meningkat ke 60% secara tiba2. Padahal majoriti penduduk di situ adalah melayu. Harap Mat Sabu tidak hanya melihat dgn sebelah mata.
ReplyDeleteAbg Mat Sabu memp mata yg trhad utk melihat kepincangan yg dipersembahkn Amno ttp dia kerap diberi idea oleh Allah utk membongkar fakta2 yg dilindungi. Diharappkn pyokong PR sentiasa membantu beliau yg diserang saban waktu dgn isu2 fitnah membusuk...
DeletePengundi Cina bukit baru meningkat sebba ali rustam bw masuk dari kaw yang dia nak bertanding letak ke bukit baru. tempat lain macm tu juga, kaw pengundi cina dan campuran yg umno.bn rasa akan kalah di bawa masuk pengundi cina kaw yg umno bn nak menang
ReplyDeletebab bawa masuk pengundi ni hanya spr dan umno bn yg boleh buat. Pakatan tak boleh acces
ReplyDeleteRamai yang mendaftar menjadi pengudi baru setelah mendapat kesedaran untuk membuang PKR.Aku pun dah suruh tiga orang anak aku mendaftar.PRU ke 13 kan pertarungan sengit ...jadi masing masing semangat nak mengundi jadi penentu kepada pemerintah.
ReplyDeletePak Din Pencen
Umno bn politik cari kekayaan mudah, kepada rakyat.tak hairan pm dah kata biar apa cara pun asal kan menang dan terus dapat menyelamatkan koroni yang dah nak mampus.dulu kini selamanya rakyat Malaysia tak berubah kerana pengamalan rasuah bn umno laknat.
ReplyDelete