“Rakyat sering didera dengan putus bekalan minyak sawit di pasaran tempatan tetapi dalam masa sama negara terus membekalkan minyak sawit lebih dari cukup untuk Israel”.
Ketua Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin mendedahkan bahawa salah satu syarikat yang menghantar minyak kelapa sawit ke Israel, ada kaitan dengan Felda.
Semalam, Badrul mengadakan sidang media di Komtar Pulau Pinang, menunjukkan 2 dokumen yang melibatkan 2 syarikat berpengkalan di Johor yang menghantar minyak sawit dari Pasir Gudang dan Tanjung Pelepas terus ke Ashdod, iaitu pelabuhan terbesar Israel yang terletak 40 kilometer dari Tel Aviv.
Melalui carian di laman rasmi salah satu syarikat tersebut ada kaitan dengan Felda.
Menurut Chegu Bard, hasil dokumen yang berjaya diakses menunjukkan tidak kurang dari 100 metrik tan minyak sawit yang dibekalkan ke Israel.
Semoga Rakyat Membuka Mata
Ya Allah!!! Sebelum ini gegak gempita UmnoBn memfitnah Anwar yang KONON nya menyokong Israel…. rupa-rupanya Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Perdagangan telah menjalin hubungan HARAM dengan Israel.
Dan yang paling mengejutkan hasil sawit Peneroka FELDA yang membanting tulang berhempas pulas menyara hidup mengusahakan ladang sawit telah dipergunakan oleh kerajaan UmnoBn demi keperluan Israel ?!!!
Ya Allah… inilah sikap lidah bercabang UmnoBn yang memanupulasi dan Fitnah kenyataan Anwar Ibrahim, tetapi rupa-rupanya dalam masa yang sama UmnoBn BERSEKONGKOL dengan ISRAEL !!!
Malaysia Rakan Dagang Ke-15 Dengan Israel |
Surat Kerajaan Israel |
No comments:
Post a Comment