Cuba lihat undi pos bagi DUN Manek Urai dalam pilihanraya kecil. Hanya 1 undi diberi kepada PAS , sedangkan kakitangan kerajaan yang menyokong PAS yang bertugas sebagai petugas SPR ramai di Manek Urai. Mereka mengundi secara undi pos , mustahil hanya seorang yang mengundi PAS.
Masalahnya, apa jaminan undi pos ini tidak diubah semasa dalam jagaan SPR.Boleh percayakah undi mereka tidak diubah bila keputusan diumumkan.
Justeru itu, SPR yang menjadi komponen tak rasmi BN pastinya akan bersungguh-sungguh mempertahan sebagai undi pos kerana ini sahaja talian hayat UMNO/BN.
Setelah undi polis dan tentera guna kaedah undi awal. Tentunya, petugas SPR ini juga boleh mengundi guna kaedah undi awal. Tapi SPR berkeras dengan pelbagai alasan yang tak masuk akal. Nak tahu kenapa? rakyat dah boleh baca.......Admin
Perlukah 240,000 Petugas Spr Sebagai Pengundi Pos?
Oleh Riduan Mohd Nor
Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) merasa terkejut dengan pendedahan oleh YB Dr Hatta Ramli bahawa jumlah pengundi pos SPR seramai 240,000 orang. Bagi DPPM, jumlah yang dilaporkan itu terlalu ramai dan cukup untuk memberi impak yang besar dalam pilihanraya umum ke 13.
DPPM mempersoalkan mengapa SPR mendaftarkan seramai 240,000 petugasnya sebagai pengundi pos. SPR sepatutnya menghadkan petugasnya sebagai pengundi pos agar tidak mengganggu sebarang keputusan di mana-mana peti undi. Pengundi pos dari kalangan petugas SPR perlu dihadkan kepada mereka yang hanya perlu sahaja mendapat peruntukan itu, bukan kesemuanya sekali.
Dalam sejarah pilihanraya umum di negara ini, sudah acapkali undi pos menjadi faktor kemenangan calon dan ia mampu mengubah keputusan pilihanraya. Jumlah yang dicatatkan ini belum ditambah dengan pengundi pos yang sedia ada dari kalangan tentera, polis serta pasangan mereka.
Dengan jumlah seramai ini, ia akan menambah prejudis rakyat bahawa SPR berniat untuk memastikan kememangan mudah sebelah pihak seperti mana yang berlaku dalam pilihanraya sebelum ini. Rakyat mengesyaki modus operandi yang sama akan digunakan pada PRU ke 13 kali ini bagi mengelakkan kekalahan satu pihak yang sedang terdesak.
Oleh itu, DPPM mendesak agar SPR segera mengurangkan jumlah petugas SPR sebagai pengundi pos bagi mengelakkan berlakunya pertikaian rakyat. DPPM mengingatkan SPR agar berlaku telus dan bersikap adil dalam mengendalikan PRU ke 13. Rakyat tidak bersedia untuk ditipu buat sekian kalinya dalam sistem pilihanraya di negara ini.
Disediakan oleh;
RIDUAN MOHD NOR
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Malaysia
semua pemimpin pakatan rakyat hendaklah mengambil tindakan dari sekarang. buat pertemuan resmi dengan spr sampaikan masaalah yang timbul kalau spr tak dapat selesai dalam tempoh yang ditetapkan kita adakan demotrasi. jangan tunggu-tunggu lagi masa pilehanraya dah hampir.
ReplyDeletesemua pemimpin pakatan rakyat hendaklah mengambil tindakan dari sekarang. buat pertemuan resmi dengan spr sampaikan masaalah yang timbul kalau spr tak dapat selesai dalam tempoh yang ditetapkan kita adakan demotrasi. jangan tunggu-tunggu lagi masa pilehanraya dah hampir.
ReplyDelete