Wednesday, March 14, 2012

GERAKAN SINGKIR KU LI!!! Bergerak dalam UMNO Gua Musang, adakah Najib di belakangnya?


Tidak sukar untuk menelah pergolakan dalaman yang berlaku dalam kepimpinan Umno-APCO tidak kira di peringkat mana sekalipun kerana mereka semua telah sebulat suara mempersetujui satu perkara.

Wang. Duit. Money.


Dalam kes bekas Menteri Kewangan, Razaleigh Hamzah yang lebih dikenali dengan Ku Li, Umno-APCO bahagian telah mendapat arahan supaya Ku Li mesti disingkirkan walaupun tidak jelas arahan tersebut datangnya dari siapa di ibu pejabat.


Tetapi sumber terbaru mengatakan bahawa Najib sendiri yang mengarahkan supaya Ku Li disingkirkan sebagi langkah keselamatan sekiranya pemilihan Umno-APCO terpaksa dilakukan November nanti.


Najib tidak melihat Muhyiddin Yassin sebagai ancaman tetapi lebih melihat Ku Li yang menggerakkan AMANAH lebih berupaya mengancam kedudukannya selaku Perdana Menteri.


Justeru, tidak hairanlah mengapa Ku Li semakin lama semakin garang dalam diam mampu menggegar kedudukan Najib kerana Ku Li disokong oleh pemimpin lama dan mempunyai akar umbi yang kuat terutamanya di Kelantan.


Pun begitu, Mustapa Mohamed selaku bos Umno-APCO negeri juga mengharapkan Ku Li ditendang bagi membolehkan orang-orangnya menguasai Gua Musang kerana selama ini Ku Li kuat mempertahankan legasinya selain berupaya menggegar seperti yang dibuktikan pada pilihanraya kecil DUN Galas dua tahun lalu.


Pertembungan yang semakin menarik ini pasti akan melemahkan lagi kedudukan Umno-APCO di Kelantan yang sudah semakin tidak bermaya!


JALAN PULANG


Gerakan pinggir Ku Li di Gua Musang


Legasi Umno Gua Musang di bawah Tengku Razaleigh Hamzah (gambar) yang kini melewati 43 tahun mungkin tidak mampu bertahan lagi ekoran muncul suara-suara sumbang di bahagian berkenaan kebelakangan ini.


Malah sekarang muncul pihak yang menggelarkan mereka sebagai Kumpulan 16 secara terang-terangan mengharapkan anggota parlimen terbabit berundur.


Anggota Jawatankuasa Umno Gua Musang, Abdul Wahab Yunus tampil mendedahkan perkara itu berkata, sudah sampai masanya Ku Li berundur dan tidak lagi mempertahankan kerusi parlimen Gua Musang pada pilihan raya umum ke-13 tidak lama lagi.


“Pembangunan Gua Musang bukan lagi hasil usaha Ku Li, tetapi sejak PAS mentadbir Kelantan sehingga kini melewati tahun ke-22 pembangunannya saya lihat lebih pesat.


“Saya tidak nampak lagi apa peranan ahli Parlimen Gua Musang sekarang. Bantuan kerajaan pun lebih banyak disalur agensi-agensi kerajaan pusat seperti Kesedar,” katanya ketika ditemui sini.


Baru-baru ini media tempatan melaporkan Tengku Razaleigh tetap mahu mempertahan kerusi parlimen Gua Musang biar pun tidak dicalonkan Umno.


Hasrat Ku Li itu turut mendapat sokongan Adun Galas, Abdul Aziz Yusof yang juga Setiausaha Umno Gua Musang.


Abdul Wahab yang mendakwa mengetuai ketua-ketua cawangan Umno Gua Musang berkata, Ku Li akan berdepan kesukaran lagi mempertahan parlimen tersebut kerana popularitinya semakin menurun.


Sebelum ini Ketua Pemuda Umno Gua Musang, Datuk Bazlan Baharuddin pernah dilapor mahu mencabar kedudukan Ku Li pada pemilihan Umno akan datang.


Difahamkan Bazlan juga mendapat sokongan Ketua Wanita Umno Bahagian, Senator Hazani Mohd Noor dan dikatakan bergabung pula dengan bekas Adun Galas, Saupi Deraman.

No comments:

Post a Comment