Thursday, March 1, 2012

HANYA BELASAH PAS!!! Ceramah akidah Hasan Ali di Sungai Buluh tiada sambutan

Ketika dalam perjalanan pulang dari tempat kerja, saya terlihat poster ceramah Hasan Ali berhampiran dengan simpang masuk ke Saujana Utama, Sg Buloh.

Kalau tidak silap, tajuknya berkaitan dengan isu akidah. Agama masih menjadi modal Hasan Ali untuk mempengaruhi orang ke ceramahnya.

Selesai solat Maghrib, saya sekeluarga ke KFC berhampiran dengan tapak ceramah.


Kami bercadang untuk memesan beberapa hidangan termasuk ayam spicy, kegeramaran anak-anak. Pada ketika itu, orang agak banyak, maklumlah awal bulan, rata-rata orang menerima gaji masing-masing semalam.

Barisan orang yang mahu memesan hidangannya juga agak panjang. Semua kaunter dibuka untuk menerima pesanan.

Ketika tiba giliran kami, pekerja kaunter memberitahu ayam spicy sudah habis. Pelanggan yang memesan hidangan itu perlu menunggu 11 minit.

Bayangkan anda beratur hampir 15 minit, ketika memesan hidangan ayam spicy, anda diberitahu ayamnya sudah habis dan anda perlu menunggu dalam tempoh tertentu.

Bayangkanlah pula kalau anda beratur selama sejam, sampai saja di kaunter pekerja dengan selamba memberitahu ayam sudah habis. Tentulah anda akan "mengamuk" kerana pekerja sepatutnya memberitahu anda terlebih awal dan tidak membiarkan anda beratur lama.

Samalah juga dengan keadaan yang kami tempuhi malam tadi. Bukan pertama kali dan sudah pasti bukan yang terakhir. Situasi seumpama ini tidak akan berlaku jika premis makanan segera itu diurus dengan betul.

Sepatutnya, pekerja di premis itu membuat tindakan awal untuk mengelakkan pelanggan merungut dengan perkhidmatan yang diberikan.

Misalnya, jika mereka mendapati ayam spicy sudah hampir habis dan pelanggan pada waktu itu banyak, sepatutnya mereka bertindak menggoreng ayam itu lebih awal, bukannya menunggu ayam itu hampir habis baru mereka bertindak menggoreng ayam yang baru.

Selesai makan hidangan yang lain, ayam yang dipesan masih belum sampai. Rasanya lebih 20 minit, namun ayam yang dikatakan akan siap digoreng selepas 11 minit masih belum sampai. Beberapa minit kemudia, itu pun orang rumah sudah mengadu kepada pekerja, barulah ayam yang dipesan sampai ke meja. Aduhai!!!!

Sebaik saja bergerak meninggalkan KFC, kami menuju ke tapak ceramah. Sampai di sana, hanya beberapa orang yang duduk di kerusi yang disediakan. Saya tiba di situ pukul 9.15 malam.

Ceramah seperti yang dinyatakan pada kain rentang sepatutnya bermula 9 malam. Yang memalukan, walaupun sudah 15 minit berlalu, orang masih belum datang. Pada waktu, video ceramah Hasan Ali ditayangkan kepada pengunjung tapak ceramah.

Tepat jam 9.30, jumlah penonton tidak banyak beza. Rasanya, tidak sampai 15 orang setia menunggu Hasan Ali di tapak ceramah. Tidak jauh dari tapak ceramah yang lengkap dengan khemah dan kerusi, ada kelompok pemerhati, rasanya tujuan mereka ke sana samalah seperti saya, iaitu mahu meninjau sejauh mana sokongan masyarakat setempat kepada Hasan Ali.

Untuk pengetahuan anda, di kawasan Saujana ini, dianggar lebih 20 ribu orang yang majoriti besarnya orang Melayu menetap di sini. Kalau berdasarkan anggaran pemaju, terdapat lebih 30 ribu penduduk di sekitar kawasan perumahan di sini.

Oleh sebab itu, setiap kali ceramah PR, tidak kurang 3-5 ribu penduduk setempat datang memeriahkan suasana sambil mendengar kupasan isu terkini. Saya sempat beberapa kali mengikuti ceramah tokoh-tokoh PR di kawasan itu.

Suasananya memang jauh berbeza daripada ceramah yang dianjurkan oleh UMNO atau Hasan Ali. Selesai sahaja solat Isyak, tapak ceramah sudah dipenuhi kenderaan dan orang ramai yang mahu menyaksikan ceramah. Lalu lintas juga menjadi sesak.

Namun, suasana malam ini, sama sahaja seperti keadaan hari-hari yang lain. Orang ramai berkunjung ke restoran, gerai makan untuk menjamu selera.

Ada yang sibuk membeli belah barangan dapur. Ada yang meluangkan masa berjemaah di masjid dan mendengar tazkirah daripada imam.

Majoriti besarnya seolah-olah tidak menghiraukan ceramah Hasan Ali yang berdasarkan ceramah yang ditayangkan di layar masih cuba mengelirukan orang ramai tentang isu pemecatannya, isu Anwar Ibrahim dan sebagainya.

Tepat jam 9.30, saya beransur pulang. Ceramah masih belum dimulakan. Orang di tapak ceramah pun tidak berubah. Yang menghairankan ialah pihak di belakang penganjuran ceramah Hasan Ali di situ.

Berdasarkan khemah, kerusi, sistem audio, dan perkasas rakaman yang disediakan, rasa-rasanya bukan JATI yang menjadi penganjur ceramah itu. Rasa-rasanya, anda dapat mengagak dalang yang menyokong jerayawara Hasan Ali.

Selepas 30 minit ceramah sepatutnya dimulakan, inilah antara penduduk yang mahu mendengar ceramah Hasan Ali. Tolong kira!:







P/s: Baru-baru ini, sebuah akhbar melaporkan bahawa Hasan Ali mendakwa PKR dan DAP akan menghapuskan panggilan azan jika memerintah Malaysia. Dakwaan parasit PAS ini jelas berunsur fitnah dan amat malang jika ada Melayu yang mempercayai kata-kata fitnahnya. ~duniacacamerba

2 comments:

  1. aku caya tak ramai yg hadir ceramahnya.aku juga caya bila DAP/PKR perintah msia laungan azan akan dihapuskan.Qadha/qadar ALLAH aku percaya rukun iman keVI.

    ReplyDelete
  2. kesiannya hasan ali. kalau dah gitu, tak payah buang masa, elok duduk di rumah. buat apa merayau buat ceramah sana-sini tak ada siapa nak dengar. la ni orang dah tahu siapa hasan ali. nak dengar apa dia lagi. penjelasan apa pun orang tak mahu dengar dah! sampai bila nak sibuk ceramah. lagipun kalau p.raya hasan ali calon bebas je.

    ReplyDelete