Tuesday, March 20, 2012

HASIL PASIR!!! PR - Jumlah pengeluaran sikit hasil banyak, UMNO - Jumlah pengeluaran banyak tapi hasil sikit sebab kroni UMNO kebas

SHAH ALAM 20 MAC : Pendapatan Kerajaan Selangor menerusi hasil pasir era pemerintahan Pakatan Rakyat (Pakatan) adalah jauh lebih baik berbanding semasa ia diurus tadbir oleh Umno-Barisan Nasional (Umno-BN) walaupun jumlah pengeluaran hasil bumi itu jauh lebih kecil.

Sebelum ini, pembangkang sering memburukkan Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) dengan melemparkan pelbagai dakwaan yang syarikat itu membolot industri pasir negeri.

Perkara ini dijelaskan ADUN Seri Muda, Shuhaimi Syafiei sekaligus membuktikan tata kelola dan sistem yang di gunapakai kepimpinan Pakatan hari ini berfungsi dengan baik.

“Pendapatan royalti 3 tahun dari tahun 2005-2007 zaman Umno-BN hanyalah sekitar RM12.51 juta berbanding zaman Pakatan untuk tempoh 3 tahun yang sama bermula tahun 2009-2011 berjumlah RM32.5 juta.

“Peningkatan pendapatan yang memecahkan rekod selama ini adalah natijah daripada pentadbiran telus yang baik, tentunya tanpa rasuah, tanpa kroni dan tanpa kolusi yang mana sebelum ini di rompak pimpinan terdahulu kini kembali ke tangan rakyat,”jelas Shuhaimi dalam sidang dewan hari ini.

Merujuk kepada rekod tersebut, Shuhaimi meminta pemimpin Umno-BN memperjelaskan jurang pendapatan pasir antara era Pakatan dan BN yang berjumlah RM19.9 juta. Ini berlaku sedangkan jumlah pengeluaran metrik tan pasir era BN dalam masa tiga tahun jauh lebih besar berbanding era Pakatan.

“Pengeluaran sejak 15 September 2008 – Dec 2011 merekodkan jumlah kuantiti jualan sebanyak 15.909,396 mertik tan dan pendapatan sebelum cukai sebanyak RM 181.567,481 ringgit.

“Ia satu jumlah yang amat besar. Amat pelek, kenapa bukti ini enggan di terima oleh kepimpinan UMNO dan BN Selangor? Bahkan semakin suka memfitnah dan menjadi seperti ‘ayam jantan yang berkokok kuat, tapi ekor bergelumang dengan najis’?,”katanya.

Jesteru, Shuhaimi, yang juga seorang ahli pengarah KSSB, menyarankan agar kerajaan negeri memberi peluang kepada wakil BN untuk belajar di KSSB bagi memahami prinsip perakaunan dan kira-kira kunci kewangan.

No comments:

Post a Comment