Friday, March 9, 2012

KANTOI!! Ada bukti dokumen Najib guna duit rakyat biayai majlis pertunangan anaknya

KEADILAN hari ini mendakwa bahawa kos majlis pertunangan anak perempuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan seorang pemuda warga Kazakhstan pada tahun lalu telah dibiaya oleh Pejabat Perdana Menteri. Pengarah Strategi KEADILAN Rafizi Ramli mendedahkan dokumen tempahan majlis bankuet dari Hotel Shangri La yang mengendalikan majlis pertunangan tersebut di kediaman rasmi Perdana Menteri di Seri Perdana, Putrajaya mencatatkan jumlah sebanyak RM409,767.

"Sejurus selepas majlis itu pimpinan KEADILAN mempersoalkan perbelanjaan tersebut sehinggalah ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Datuk Dr. Tan Kee Kwong tampil menyebut bahawa ura-ura ia ditanggung oleh rakyat Malaysia kerana dibayar oleh Pejabat Perdana Menteri.

"Apa yang saya kemukakan ini adalah bukti jelas terhadap dakwaan iaitu ia dibiayai dari Pejabat Perdana Menteri," kata Rafizi dalam sidang media di ibu pejabat KEADILAN di sini.


Menurutnya lagi, perbelanjaan sebanyak RM409,767 itu meliputi kos jamuan VIP seramai 39 orang dengan kos RM18,792, kos jamuan tetamu seramai 862 orang kos RM309,975 serta kos pengendalian sebanyak RM81,000.


"Rakyat memahami kehendak dan citarasa Perdana Menteri dan isteri yang sememangnya mahukan majlis dan jamuan yang terbaik untuk tetamu mereka.


"Tetapi kenapa tetamu tidak dihidangkan dengan menu rakyat 1Malaysia, sebaliknya menu mirip santapan diraja termasuk daging panggang Australia yang diluar kemampuan dan imaginasi rakyat biasa," kata beliau lagi.


Menurut Rafizi, beliau telah membuat semakan dan berjaya mengesahkan bahawa individu-individu yang dinamakan di dalam dokumen tersebut adalah sahih dan bekerja di organisasi masing-masing.


"Dengan pendedahan-pendedahan setakat ini yang melibatkan menteri-menteri dan timbalan menteri, KEADILAN berpendapat sudah sampai masanya satu suruhanjaya diraja ditubuhkan bagi menyiasat penyelewengan wang rakyat oleh perdana menteri termasuk barisan kabinet yang lain.


"Kita juga akan berbincang dengan rakan-rakan di dalam Pakatan Rakyat untuk dibawa ke sidang Dewan Rakyat yang akan bermula minggu depan," sambung beliau lagi.


Pada sidang media itu, Rafizi turut mendedahkan dokumen 'Banquet Event Order' dari sebuah hotel di Kuala Lumpur yang menunjukkan semua urusan dilakukan dari Pejabat Perdana Menteri.


Bukti dokumen pembayaran majlis pertunangan anak perempuan Perdana Menteri yang dibayar oleh Jabatan Perdana Menteri.Agensi berita Bernama tahun lalu melaporkan tentang majlis pertunangan anak perempuan Perdana Menteri iaitu Nooryana Najwa dengan seorang pemuda warga Kazakhstan, Daniar Nazarbayev yang diadakan di kediaman rasmi Perdana Menteri, Seri Perdana di Putrajaya.

Dokumen tersebut menamakan setiausaha sulit kepada Perdana Menteri, Mohd Po'ad Jelani sebagai individu yang perlu dihubungi bagi urusan majlis tersebut.


Dokumen tersebut turut mencatatkan makluman dari pihak Hotel Shangri La tentang surat persetujuan yang dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri bertarikh 15 Jun 2011. ~
keadilankini

No comments:

Post a Comment