Thursday, March 1, 2012

PELANCARAN KERABAT !!! 2000 tetap bertahan walau hujan lebat di Parit Buntar


PARIT BUNTAR - Majlis Pelancaran Sekretariat Kebajikan Rangkaian
Bekas-Bekas Angkatan Tentera Malaysia (KERABAT) Peringkat Parlimen
Parit Buntar Perak berlangsung dengan jayanya di Dataran Purnama
Kampung Kedah di sini.

Penyelaras program Hamdan Fadel Ahmad berkata, majlis ini tetap
berjalan lancar walaupun keadaan cuaca pada awal hingga hampir
penghujungnya hujan turun dengan agak lebat.

“ Walaupun cuaca begini, majlis ini mendapat sambutan kehadiran amat
hebat dari penduduk di Parit Buntar dan kawasan berhampiran

“ Pujian wajar diberi kepada lebih 2000 orang yang hadir dan tidak
berganjak dari lokasi walaupun hujan turun dengan agak lebat.

Hamdan berkata, penduduk sanggup berpayung dalam hujan menunggu majlis pelancaran dan menanti dengan setia untuk mendengar ceramah dari penceramah yang dijemput.

“ Penceramah yang menghangatkan kesejukan hujan ini terdiri daripada
Presiden KERABAT Lt. Kol. (B) Mohd Nazari Mokhtar, Laksamana Pertama
(B) Mohamad Imran Abd Hamid, Naib Pengerusi DHPP Perak Richard Wong,Pesuruhjaya PAS Perak Abu Bakar Husin dan Ahli Parlimen Parit
Buntar Dr. Mujahid Yusuf Rawa.

“ Naib Presiden PAS Mohamad Sabu telah menyempurnakan majlis
pelancaran KERABAT peringkat parlimen Parit Buntar” katanya

Sementara itu, Presiden KERABAT Lt. Kol. (B) Mohd Nazari Mokhtar dalam ucapannya menyentuh mengenai nasib anggota tentera Malaysia yang jelas tidak terbela di bawah kerajaan UMNO BN sejak sekian lama.

“ Terlalu ramai di kalangan bekas anggota ATM yang hidup di paras
kehidupan kemiskinan dikesan bertaburan di seluruh negara.

“Persatuan Bekas Perajurit Malaysia (PBPM) pula dilihat gagal dalam
membela nasib golongan bekas ATM kerana ianya sebuah NGO yang
berkepentingan politik tertentu yang diterajui kepimpinan atasan UMNO
BN saja.

Beliau berkata, ramai yang terpaksa menanggung berbagai hutang
setelah bersara atau menamatkan perkhidmatan.

“Sedangkan di dalam akta Angkatan Tentera Malaysia 1973 ada mengaris dan memperuntukan bahawa setiap anggota ATM yang sedang berkhidmat atau telah bersara layak di anugerahkan beberapa ekar tanah sebagai ganjaran untuk mereka yang berkhidmat dan menyumbang tenaga demi tanah air yang bermula seawal umur 19 tahun menyertai ATM.

“ Namun semua ini hanyalah sekadar impian kosong buat semua anggota tentera dan menjadi mimpi ngeri apabila bertukar kedunia awam yang lebih mencabar untuk meneruskan kehidupan” katanya

Laksamana Pertama (B) Mohamad Imran Abd Hamid pula menyeru semua bekas ATM supaya menolak UMNO BN dalam PRU 13 akan datang,kerana sejak dahulu hingga kini kerajaan UMNO BN gagal sepenuhnya membela nasib bekas ATM.

”Pakatan Rakyat adalah wadah perjuangan yang tepat untuk semua bekas ATM sertai setelah tamat berkhidmat,demi menuntut kebenaran dan pembelaan.

“UMNO BN bukan kata nak bagi tanah, sebuah rumah percuma buat bekas ATM pun tidak dapat diberi hingga sekarang” katanya



Abang Mat dan Dr. Mujahid bergaya dengan beret hijau KERABAT

Laksamana Pertama (B) Tuan Haji Mohamad Imran Abd Hamid.


Sanggup berpayung demi memberi sokongan kepada PR




Kredit gambar _ Orang ni

No comments:

Post a Comment