Wednesday, March 28, 2012

RAMAINYA CERAMAH ANWAR!!! Namun PR tetap akan tumbang di Selangor angkara SPR

Semakin ramai rakyat menyokong PR tapi tidak mampu menghalang penipuan UMNO / BN melalui SPR

Sewaktu Pilihanraya 1999, Dr Syed Azman telah memenangi kerusi Parlimen Kuala Terengganu dengan majoriti 9000+. Antara semua kerusi yang dimenangi PAS dalam pilihanraya 1999, kerusi Kuala Terengganu adalah antara kerusi yang paling besar majoriti nya.

Namun, selepas 1999, operasi pengundi hantu telah dijalankan secara besar-besaran di Terengganu. Berpuluh2 ribu pengundi hantu telah dimasukkan ke dalam Daftar Pemilih Terengganu secara amat agresif.

Pada pilihanraya 2004, kerusi yang Dr Syed Azman menangi dengan majoriti yang sebegitu besar dan gagah itu, jatuh semula kepada Barisan Nasional dengan majoriti 300+.

Dengan kata lain, begitu hebat dan jitunya program pengundi hantu ini sehingga kerusi Parlimen yang mulanya dimenangi dengan majoriti 9000 lebih pun boleh ditundukkan.

Program di Terengganu pada 2004 itu sedang dilaksanakan di Selangor secara BESAR-BESARAN.

Diberitakan kepada Tulang Besi, sejumlah lebih kurang 100ribu lebih pengundi hantu telah selamat didaftarkan dalam Daftar Pemilih Selangor bagi pilihanraya pada bulan Jun 2012 kelak.

Ini bererti semua kerusi2 yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat pada tahun 2008 yang lepas dengan majoriti 6000 ke bawah bakal jatuh dengan mudah kepada UMNO dan BN.

Atas sebab itulah muka Najib begitu berseri-seri sekarang ini. Dia berucap di Ampang dan beberapa tempat dengan begitu yakin dia menyatakan Selangor akan jatuh semula kepada Barisan Nasional.

Tulang Besi sedang belajar hakikat bahawa peluang untuk mempertahankan Selangor amat tipis.

Peluang 5 tahun sebelum ini tidak digunakan sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi memerangi penipuan di dalam Daftar Pemilih.

Wang lebih banyak dibelanjakan bagi tujuan2 yang tidak diketahui tetapi untuk pembersihan daftar pemilih amatlah sukar wang tersebut hendak dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri Selangor.

Walaupun dijanjikan jumlah yang sebegitu besar untuk memerangi penipuan pilihanraya (khabarnya sekitar RM6juta) tetapi hakikatnya tak sampai RM70k telah dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk tujuan memerangi penipuan pilihanraya.

Dalam keadaan genting sekarang ini pun, kerajaan negeri Selangor masih tidak mahu membelanjakan wang tersebut kerana mungkin mereka masih dibuai mimpi sebagaimana kerajaan PAS Terengganu sebelum 2004.

Tulang Besi nak ulangi sekali lagi, peluang untuk mempertahankan kerajaan negeri Selangor adalah AMAT TIPIS.

Hanya bantuan dari langit sahaja yang akan membolehkan Pakatan Rakyat mempertahankan Kerajaan Negeri Selangor.

Tapi, sebelum Allah SWT hendak menurunkan malaikat2Nya, sudah tentulah Allah SWT akan bertanya apakah yang telah dilakukan Kerajaan Negeri Selangor bagi membenteras penipuan ini.

Jangan terkejut kalau Allah SWT tidak menurunkan apa-apa bantuan pada bulan Jun 2012 kelak.

ULASAN: Kita tidak lihat bekas2 Menteri Besar di Kedah berkumpul dan membuat ikrar seperti di bawah. Yang lebih menghairankan Tan Sri Mike Tyson pun turun sama memberi ikrar selepas beberapa tahun mendiamkan diri.

Kenapa di Kedah kita tidak lihat Syed Razak, Mahadzir Mat Khir, Dato' Syed Nahar Shahabuddin atau Dato Osman Aroff berkumpul sebegini dan melahirkan keyakinan mereka menawan semula negeri Kedah?

Hatta di Penang sekalipun, mengapa bekas2 Timbalan Ketua Menteri dari UMNO seperti Ibrahim Saad ataupun Dato Hilmi Yahya berkumpul melahirkan keyakinan sebegini.

Ketahuilah, kesemua bekas2 MB Selangor ini telah pun mendapat maklumat bahawa kejatuhan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor adalah hampir pasti.

Apa yang berlaku di Terengganu pada 2004 akan berlaku di Selangor bulan Jun 2012 nanti.

Atas sebab itulah bekas2 Menteri Besar seperti di bawah ini cepat2 melahirkan sokongan mereka kepada UMNO sebagai "modal pelaburan" untuk mendapat ganjaran2 yang sewajarnya selepas Jun 2012 nanti.

Sekiranya Pakatan Rakyat dijangka menang bulan Jun 2012 ini, sudah tentulah bekas2 Menteri Besar di bawah ini tidak akan keluar beramai2. Mereka lebih baik diam ataupun menyatakan sokongan kepada Pakatan Rakyat.

Sekurangnya kepentingan2 mereka tidak akan terganggu di bawah penggal kedua kerajaan Pakatan Rakyat.

Dengan pernyataan sokongan terbuka di bawah, jelaslah mereka 100% yakin Kerajaan PAkatan Rakyat Selangor bakal tumbang bulan Jun nanti.

Maka, di bawah pentadbiran UMNO pasca Jun 2012 kelak, segala kepentingan mereka akan terjamin selamat. Mereka sudah tidak perlu takut dengan Pakatan Rakyat lagi kerana kerajaan Pakatan Rakyat bakal tumbang.

Memandangkan perangai beberapa orang "pimpinan" dalam Pakatan Rakyat yang berkuasa menghalang penipuan ini tetapi sengaja membiarkannya, Tulang Besi merasakan amat tipis peluang kita menghalang penipuan yang bakal berlaku Jun 2012 kelak.

Tulang Besi akan dedahkan segala maklumat selepas kerajaan Selangor bertukar dari Pakatan Rakyat kepada UMNO nanti


KLIK IMEJ


Tulang Besi

13 comments:

  1. kita akan buat solat sunat hajat perdana dengan berpuasa sehari sebelumnya, mohon pertolongan kepada-Nya agar segala bentuk penipuan yang jelas dan nyata TIDAK AKAN TERLAKSANA....

    sebaliknya KEMENANGAN tercipta membawa kebenaran bersama-sama menghapuskan REJIM PENIPUAN yang bermaharajalela khusus UMNO dan rakan2 BN-nya.... Amin...

    ReplyDelete
  2. kalau dah tau kalah nak buat apa kempenn....

    buang karennn je...

    ReplyDelete
  3. asah BN menang, pengundi antu....

    asah PAS menang , dpt hidayahh...

    boring aaaa.....

    cari la idea lain, nak sedapkan halwa telinga...

    ReplyDelete
  4. kehkehkeh...

    ReplyDelete
  5. Pasal pengundi hantu belaan PAS & DAP jugak le gamaknya PAS menang kat Parlimen Parit Buntar & DUN Titi Serong masa PRU12 dulu...ermm..
    Betul le kata Anom 18:28..BORINGGG..cam takdak isu lain dah..asyik2 pengundi hantu...
    Harap Bakaq CC dicalunkan sekali lagi kat Titi Serong oleh UMNO...kali ni aku nak undi Bakar..
    Sokong Idham Lim rasa cam sokong DAP pulak..jadi cam 2008 dulu..exco tanah pun 'terpaksa' Nizar bagi kat DAP..tak payah buat silap 2 kali geng..Namun puak fanatik PAS camtu ler..Tanah Melayu kat Perak nanti bertukar jadi Tanah DAP pun takpa..yang penting menang sorak...tak ke gitu sahabat?..ermmm

    Anak buah Haji Harun..cicit Hj Jamaluddin

    ReplyDelete
  6. Ini bukan pasal pengundi hantu...
    tapi org suruhan Umno/BN dah jadi hantu...
    mereka ni lah yg buat kerja penipuan tak habis2 asal tuannya (Umno/BN) terus berkuasa...
    Kita tak kesal jika rakyat Malaysia yg menjadi pemilih mutlak utk PRU..
    tapi bila dah warga asing dpt lesen (IC yg dikeluarkan khas utk PRU)mengundi ni apa cerita....???
    Ini semua dah selesai dibuat oleh Jabatan Pendaftaran Negara, Suruhanjaya Pilihanraya serta bantuan MIMOS yg dah ada pengkalan data semua org...

    betullah kata anon 18:17, berdoa kpd Allah swt sahaja (tambah sikit, supaya org yg buat kerja menipu cepat2 insaf sebab bala' boleh dtg bila2 masa... Amin...)

    ingat.... org2 yg dizalimi doanya tak dak hijab (sekatan) dari Allah...

    ReplyDelete
  7. Pakatan Parti SIAL! Parti haram jadah! Parti penuh dengan scandal.Dan parti syok sendiri,tidak mahu menerima kekalahan.

    ReplyDelete
  8. Dah sebut 'Ini Bukan pasal Pengundi Hantu & orang suruhan UMNO dah jadi hantu' pulakkk...berbelit2 ler bro..

    Masa PRU12 dulu..aku mengundi kat Sek Keb Sungai Megat Aris Bg Tiang..pada masa tu haram sekoq pun tak nampak muka2 acuan indon apatah lagi bangla yg turut sama mengundi disitu..
    Der,
    Kalau menipu dlm PRU jadi kepakaran UMNO, takkan Kelantan yg dah 20 tahun jadi hok Tok Guru tak boleh dirampas..yg UMNO SAMUN cuma negeri Perak..tu pun pasal Abang Anwar tunjukkan cara Sept.16 dia dulu..dia nak 'beli' YB UMNO/BN, takdak yg sanggup nak jual..tu yg tak jadi tu..bezanya UMNO bila 'beli' YB PR ada dikalangan puak hangpa yg sanggup di'beli'..tu yg jadi tuh...

    Elok sangat Anom 18:17 buat Solat Hajat..jangan dok berlagu saja yg 'kita AKAN buat solat sunat...' bila sampai masanya hang dok membesaqkan perut dok makan kat pondok2 panas parti..siapa yg hang cuba tipu ni der?..ermm..
    Ayat AKAN tu ler yg dok jadi mainan Anwar & juga PAS bila dok berkawan ngan PKR & DAP ni..maka lagu yg sama jugak le dinyanyikan oleh pencacai bawahan depa..akan tu..akan ni..AKAN rendahkan harga petrol..AKAN mansuhkan kutipan TOL..AKAN laksanakan Hudud..ermm..hakikatnya..hampehhh der..
    Tengok jer time DS Nizar jadi MB Perak sat hari tu...ada dia cakap pasal Hudud?..ada dia cerita pasal nak hapuskan cukai tu cukai ni?..Ada dia berani dah amik tindakan kat pengusaha pukat apollo?..Kejayaan besar beliau yg saya nampak cuma dapat menukar status pemilikan tanah di Negeri Perak dari 99 tahun kepada 999 tahun..kalau biar lama sikit dia jadi MB, mungkin beliau berjaya menukar status tanah rezab melayu kepada status terbuka pulak..ermmm..tak mustahil der sebab exco tanah DAP yg pegang..


    Anak menakan Hj.Harun..yg tak benci PAS tapi tak sanggup bertuankan DAP & berPMkan Raja Putar Alam Bro Anwar Ibrahim...

    ReplyDelete
  9. anak menakan haji harun yang hanya berani fitnah dalam ruangan komen. bila komen nampak sangat bodonya. buka la minda tu banyakkan bacaan, siasat setiap dakwaan . jangan boleh dosa kering sebab fitnah.

    ReplyDelete
  10. komen yang sama macam pencacai umporno yang lain sebab rujukan mereka hanya TV3 suku dan Utusan Meloya

    orang yang membacanya pun dah boring sebab semua dakwaan tu dah dijawab tapi pencacai umporno ulang balik

    ReplyDelete
  11. Dr M hari ni kata UMNO parti orang bodoh...Minggu lepas seorang pemimpin Wanita UMNO yang x sabar nak rembat jawatan Ketua Wanita kata orang Kampung panggil diaorang UMNO LEMBU....Bila tenggok komen2 geng UMNOAPCO yang suka tipu melayu kat atas ni....memang sah la dakwaan Dr M & bakal Ketua Wanita UMNO ni....

    ReplyDelete
  12. ermm..jawapan standard puak kawan2 belah sana..bila kena batang hidung hangpa..FITNAH..dosa kering..buka minda..sumber Utusan Meloya..TV3...
    Bersungguh2nya Anwar cong dia nak rampas kuasa 16 Sept. tu fitnah ke?..

    Kenyataan ..Tiada Sorang pun org luaq yg muka dia macam bangla/indon yg mengundi kat tempat undian saya dulu fitnah jugak ka?.

    Nik Aziz dah perintah Kelantan 20 tahun fitnah ka?..

    Nizar ubah terma tempoh hak pemilikan tanah tu pun fitnah ka?..

    Biar betul ni..siapa yg nampak bodoh & siapa pulak kena lebih banyak membaca nih wahai sahabat kat sana?..ermmm

    Ka pasal minda terbuka sangat tu la Mat Sabu hangpa lantik jadi Tim. Presiden..pasal terlebih terbuka tu la..hangpa kemaruk sangat nak Mat Cina Dol & Bapak Rasuah & Kroni Negara (Bro Anwar) jadi PM yee..

    Anak menakan Hj.Harun..yg sayangkan hangpa tapi tak sanggup bertuankan DAP & berPMkan Raja Putar Alam Bro Anwar Ibrahim...
    Salam

    ReplyDelete
  13. Kalau lawan bola, Brazil lawan Melaka dan pengadil berat sebelah kat Malaysia namanya SPR , rasa-rasa Malaysia boleh menang tak ? Tentunya tak boleh then org Melaka marahkan SPR kenapa tak boleh bagi Melaka menang

    SPR jawap : Nak bagi menang macammana bola tak dapat kat pemain Melaka .

    Begitulah pilihanraya , kalau ada cara nak buat BN menang SPR akan buat . kalau tak dak , terserah pengundi dan belum tentu PR menang.

    ReplyDelete