Tuesday, April 24, 2012

5000 RAKYAT DEMO BANTAH!!! UMNO rampas tanah orang Melayu


Pemimpin-pemimpin UMNO sering mendakwa bahawa hanya UMNO yang mampu memperjuangkan dan membela nasib bangsa Melayu di Negara ini..

Malah mereka juga sering menakut-nakutkan penyokong mereka dengan momokan kononnya jika kuasa mentadbir Negara terlepas dari tangan UMNO, maka Melayu akan terpinggir..

Hinggakan ada pemimpin UMNO mengatakan andaikata Najib didakwa di Perancis kerana kes rasuah Kapal Selam, Negara ini akan kucar-kacir..


Oleh itu penyokong mereka diperbodohkan agar terus menyokong pemimpin-pemimpin UMNO biarpun mereka itu jelas terpalit dengan berbagai masaalah..


Kerana terpedaya melaunglah penyokong mereka HIDUP MELAYU!! HIDUP MELAYU!! HIDUP MELAYU!!


Di Kuala Terengganu hari ini.. lebih dari 5,000 orang Melayu yang diperintah oleh UMNO yang kononnya memperjuangkan nasib Melayu, telah mengadakan demo membantah rampasan tanah Melayu oleh UMNO di perkarangan Wisma Darul Iman.


Mereka membuat bantahan terhadap siri perampasan tanah yang dibuat oleh kerajaan negeri yang dikuasai UMNO di lima kawasan berasingan di seluruh negeri.


Kawasan-kawasan itu adalah :


1) Tanah sekolah rendah Islam Darul Bayan, Paka, Dungun,

2) Tanah rakyat di Banggol Donas, Kuala Terengganu,
3) Tanah petani di Kampung Jelapang, Langkap,
4) Tanah peneroka jenerasi kedua di Paka, Dungun dan
5) Tanah rakyat di Kubang Labi, Banggol, Permasuri, Setiu.

Dimanakah apa yang dikatakan sebagai membela nasib Melayu itu jika tanah milik Melayu di rampas oleh UMNO sendiri?


UMNO MEMBELA atau MEMBELA+SAH MELAYU?


Berikut adalah laporan dari Buletin Online..

 
10, 000 Turun Berdemo Depan Wisma Darul Iman .

KUALA TERENGGANU – Lima memorandum rakyat telah diserahkan sendiri oleh wakil-wakil Jawatankuasa terbabit dengan rampasan tanah kepada Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said di Wisma Darul Iman, disini, Selasa 24 April.

Dr Azman Ibrahim mewakili Jawatakuasa Bertindak Tanah RTB Kubang Labi, Haji Muhyiddin Abdul Rashid mewakili Jawatankuasa Bertindak Tanah Kampung Jelapang.
 
Shalahuddin Jaafar mewakili Jawatankuasa Bertindak Tanah Generasi Kedua Felda, Che Wan Musatafa Che Wan Kaman mewakili Sekolah Rendah Islam Darul Bayan dan Salleh Embong mewakili Jawatankuasa Bertindak Tanah Banggol Donas telah bertemu Ahmad said diluar Dewan Undangan Negeri Wisma pada kira-kira jam 11 pagi.

Sebelum itu mereka bersama-sama kira-kira 10,000 orang rakyat Terengganu mengadakan demonstrasi aman membantah membantah rampasan tanah yang dilakukan kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu.


Lagi gambar-gambar dan juga laporan penuh sila lihat di
SINI

1 comment:

  1. nah ambik kau atas kebodohan dan kesombongan bangsa melayu itu sendiri harta benda mereka telah digadai dan dirampas olih puak juak umno bn yahudi yang mengayakan keluarga dan kroni mereka sendiri padan muka. lain kali jangan sokong umno bn tau.

    ReplyDelete