PKR tidak menolak kemungkinan menambah calon-calon terdiri daripada
pemimpin kanan parti itu untuk bertanding di Johor pada pilihan raya
umum ke-13 akan datang.
Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution, menegaskan idea untuk menambah calon di Johor yang terdiri daripada pemimpin kanan parti akan dibincangkan sekiranya terdapat keperluan bagi tujuan tersebut.
"Idea itu memang baik memandangkan Johor sebuah negeri yang memang mempunyai prospek yang begitu baik bagi Pakatan Rakyat mengambil-alih, yang boleh bersaing dengan begitu kuat.
"Cuma tinggal lagi untuk kita membincangkannya di peringkat tertinggi parti, sama ada ingin menambah calon-calon pemimpin kanan untuk bertanding di Johor pada pilihan raya umum akan datang," tegas beliau ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.
Bagaimanapun, Saifuddin berkata PKR sudah bersedia dengan calon sedia ada seperti Datuk Seri Chua Jui Meng yang merupakan Ahli Majlis Tertinggi PKR.
Adanya Chua yang merupakan Pengerusi PKR Johor itu, kata Saifuddin, sudah memadai untuk PKR dalam usaha menawan Johor.
"Sejak dua tahun lepas, dengan peranan Chua di negeri itu, berlaku perubahan dan pertambahan ahli yang mendadak. Itu cukup baik untuk PKR.
Tetapi, kita masih terbuka untuk membincangkan tentang pertambahan calon sekiranya ada keperluan tersebut. Sudah tentu ia akan memberi impak kepada Pakatan Rakyat," tambah Ahli Parlimen Machang itu lagi.
Sebelum ini, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub disahkan akan bertanding di Johor pada pilihan raya umum akan datang.
Selain itu, nama-nama besar seperti Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Ahli Parlimen Batu Gajah, Fong Po Kuan; dan beberapa nama lagi juga dikatakan akan bertanding di Johor.
Pada 16 April lalu, akhbar Sin Chew melaporkan terdapat desas-desus Ahli Parlimen Ipoh Timur itu akan bertanding di Johor sebagai langkah strategik untuk menumbangkan kubu kuat BN di negeri selatan itu.
Selain itu, laman web The Malaysian Times turut melaporkan perkara yang sama bahawa Lim kemungkinan besar bertanding di Kulai atau Labis, kedua-dua kerusi MCA yang kini disandang bekas presiden MCA Ong Ka Ting dan anak presiden kepada presiden MCA kini, Chua Tee Yong.
Bukan itu sahaja, Fong yang digeruni di parlimen dan Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching turut dikatakan akan bertanding di Johor atas faktor keluarga.
Suami Fong merupakan Setiausaha DAP Johor, Tan Chen Choon, manakala Teo sememangnya berasal dari Batu Pahat.
Exco kerajaan negeri Selangor, Dr. Yaakob Sapari juga berasal dari Johor.

No comments:
Post a Comment