Ia
membabitkan lebih 20 blok kediaman dan puluhan lagi rumah-rumah yang
melibatkan ribuan keluarga. Penutupan jalan dirancang dari 22 hingga 28
April bagi majlis yang dirancang pada 26hb April 2012.
Bahkan,
saya juga menerima aduan daripada para peniaga pasar malam di Lebuhraya
Batu Maung yang kebanyakan berbangsa Melayu, di mana rezeki mereka akan
terjejas lantaran tidak dapat menjalankan perniagaan kerana tapak
perniagaan mereka akan digunakan untuk persiapan majlis berkenaan. Dua
pasar malam yang akan terlibat iaitu hari Ahad 22 April dan 24 April
hari Selasa.
Justeru, bertindak atas aduan penduduk yang saya
wakili, saya bergegas ke tempat tapak berkenaan pada 22/4 hari Ahad jam
11pagi dan mendapati aduan penduduk berasas.
Hasil siasatan pihak
saya mendapati pihak berkenaan telah menggunakan jalan tersebut tanpa
kebenaran pihak berkuasa Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan
Kerajaan Negeri.
Tindakan pihak berkenaan menutup jalan dan laluan
orang ramai tanpa kebenaran pihak berkuasa, menyalahi Seksyen 46, Akta
Jalan, Parit dan Bangunan dan menyalahi undang-undang kecil MPPP
berhubung pembinaan di atas jalan raya.
Tindakan mereka jelas
tidak menghormati undang-undang, bahkan membelakangkan kepentingan
rakyat Batu Maung, yang akan menyebabkan kesusahan dan kerugian.
Lantaran
itu, saya telah meminta pihak kontraktor memindahkan barang-barang dari
lokasi ini dengan kerjasama pihak Penguatkuasa MPPP, pihak PDRM juga
hadir dan selepas kira 3 jam pihak kontraktor beredar dan membuka jalan
ini.
Semasa itu peniaga pasar malam telah mula sampai dan
kelihatan marah dan gelisah sebab persiapan perniagaan mereka seperti
makanan dan bahan mentah seperti ikan, sayur akan rosak dan terpaksa
menangung kerugian.
Saya juga bertanya sebab apa pihak penganjur
tidak mengunakan Padang Taman Iping yang luas atau dewan-dewan yang ada
di sekitaran.
YB Haji Malik
Sharpshooter
No comments:
Post a Comment