Friday, April 27, 2012

NAK TURUN BERSIH 3.0!!! Baca tips bergambar di bawah

Disediakan oleh SUARAM. 

Baca dan fahamkan betul2 oke.

Ini untuk mereka yang belum berdemo ataupun baru first time nak turun demo. Terutamanya bab ketika berhadapan dengan polis dan fru. Jangan sesekali melibatkan diri dengan sebarang aktiviti memprovokasi polis atau fru atau dbkl oke.

Pedulikan apa benda yang dorang bebelkan guna loud speaker yang penting korang kena stay berkumpul. Kalau orang duduk korang duduk, kalau orang diri korang diri, ikut arahan dari ketua. Ketua akan tampil di setiap lokasi berkumpul. 

Pastikan korang berada di kl seawal jam 10 pagi esok. Dan pastikan korang berada di kawasan berhimpun jam 12 tengahari. Sebab pukul 1.30 - 1.45 semua kumpulan dari 7 lokasi yang berlainan akan bergerak menuju ke satu lokasi yang sama iaitu dataran merdeka. Kita akan bertembung di satu jalan. Time tue mungkin akan berlaku sedikit konflik tapi pastikan tenang dan jangan gelabah.

Yang dah pernah ikut demo boleh pimpin mereka2 yang baru first time join. Jangan takut apa2 oke. 

Dan ini antara info yang aku dapat dari beberapa facebookers ;

1. Jauhi segala macam kon dan benda2 yang pelik. Takut ada bom.

2. Jangan rosakkan apa2 harta awam / conteng. Jika ada yang buat vandalisme rakam takut2 mereka tue provocater yang akan merosakkan nama baik pendemo bersih.

3. Jangan buang sampah oke even air mineral / hundredplus atau apa. Kita takmo nanti ada sesiapa yang tangkap gambar dan cakap kita buang sampah merata2. Dan kalau korang nampak ada yang buat tolong tegur atau rakam jek terus.

4. Sila spot orang2 yang mencurigakan. SB dan agent provokasi akan menyusup di kalangan kita so pls jangan terpengaruh dengan mereka dan pls rakam.

5. Jangan share apa2 dengan ORANG YANG KORANG TAK KENAL. Faham. Contohnya dia tanya ko.. er ko student mana? Dok mana? Atau apa2 benda peribadi yang mendedahkan identiti korang. JANGAN SESEKALI DEDAHKAN APA2 KEPADA SESIAPA. 

Selanjutnya baca kat bawah neh. Nombor yang penting dah save kan? Make sure korang save oke.
 
















Ameno : Nak berkelah pun susah..

No comments:

Post a Comment