PARIT BUNTAR : PAS Parit Buntar akan
meneruskan program kebajikan kepada rakyat walaupun rakyat diberi ugutan pihak
tertentu untuk tidak menghadirinya.
Pengerusi Lujnah Kebajikan PAS Parit Buntar
Abdul Bahrain Desa berkata, PAS Parit Buntar telah lama mendepani agenda
kebajikan demi kesejahteraan rakyat di Parit Buntar.
“ Kita mengadakan program kebajikan kepada
rakyat secara berterusan tidak bertumpu di musim pilihanraya sahaja.
“ Malah, PAS Parit Buntar tidak menjadikan
alasan sebagai parti pembangkang untuk tidak membantu rakyat” katanya
Bahrain mengulas tindakan pihak tertentu
yang membuat laporan kepada pihak polis terhadap program khidmat kesihatan
percuma anjuran PAS Parit Buntar di sini.
“ Tindakan berkenaan bertujuan
menakut-nakutkan penduduk dengan kehadiran polis , seolah-olah program
berkenaan menyalahi undang-undang.
“ Malah, penduduk juga menerima ugutan dari
pihak tertentu supaya tidak menghadiri program berkenaan” katanya
Beliau bersyukur kerana penduduk setempat dari pelbagai kaum tetap
hadir beramai-ramai dan tidak mengendahkan ugutan berkenaan.
“ Dah banyak program kebajikan yang PAS
Parit Buntar buat secara berterusan, kenapa dah hampir pilihanraya baru pihak
berkenaan membuat ugutan kepada penduduk.
“ Namun
saya ucap terima kasih kepada penduduk , walaupun diugut mereka ramai yang
hadir dapatkan kaunseling kesihatan dari doktor sukarela” katanya
Gambar lagi di PAS Parit Buntar teruskan program kebajikan walaupun penduduk terima ugutan
Gambar lagi di PAS Parit Buntar teruskan program kebajikan walaupun penduduk terima ugutan
No comments:
Post a Comment