PARIT BUNTAR : Pesuruhjaya
PAS Perak Ust. Abu Bakar Husin dan Ahli Parlimen Parit Buntar Dr. Mujahid Yusuf Rawa
mengambil kesempatan bertemu rakyat dari pelbagai lapisan masyarakat dan kaum sambil
mengedarkan risalah penerangan di Pasar Sehari , Pekan Bagan Tiang.
Penyelaras program Hairul Nizam Ishak berkata, kedua –dua pemimpin ini bersama beberapa orang pimpinan PAS Perak dan Parit Buntar mengambil masa lebih sejam memasuki pasar berkenaan bersalam-salaman dengan ramai pengunjung yang membeli belah.
“ Program edar risalah ini mempunyai tujuan serampang dua mata, iaitu menyampaikan maklumat bertulis kepada rakyat.

“ Kedua-dua
pemimpin PAS ini juga dapat bertemu terus dengan rakyat, bersalam-salaman dan
bertanya khabar” katanya
Hairul Nizam berkata, program edar risalah ini
diadakan bersempena Program Gerak Tawan Perak anjuran bersama PAS Perak dan PAS
Parit Buntar.
“ Seperti
program-program lain yang diatur, program edar risalah ini juga mendapat
sambutan baik dari penduduk yang hadir ke pasar sehari ini.
“ Penduduk
pelbagai kaum menyambut mesra dan menerima edaran risalah dari pimpinan PAS
yang menemui mereka” katanya
Menurutnya,
Kedua-dua pemimpin PAS berkenaan juga mengunjungi kedai-kedai yang terdapat di
Pekan Bagan Tiang.
Turut hadir Timbalan
Pesuruhjaya PAS Perak Ust. Misbahul Munir Masduki serta beberapa orang pimpinan PAS
Parit Buntar.
Gambar lagi di sini Pesuruhjaya PAS Perak , Ahli Parlimen Parit Buntar turun bertemu rakyat
Gambar lagi di sini Pesuruhjaya PAS Perak , Ahli Parlimen Parit Buntar turun bertemu rakyat
No comments:
Post a Comment