IPOH 23 April 2012
Pelancaran Bersih 3.0 peringkat Parlimen Gopeng di hadapan Padang Desa
Pakatan,Station 18 Ipoh , malam tadi terganggu dengan konsert pacak yang
dipercayai di taja oleh ADUN Sungai Rapat Hamidah Osman.
Konsert mereka
kali cuma dipisahkan sebatang jalanraya yang mengundang kekecohan
hadirin yang menggesa supaya perlahankan pembesar suara yang begitu
kuat. Peralatan sistem bunyi canggih yang disewa khas dari syarikat
dengan sebuah lori generator.
Tindakan pantas pasukan Unit Amal dan pihak polis dapat mententeram
keadaan daripada pergaduhan. Ini merupakan kali ke-7 Hamidah yang juga
Ketua Penerangan Wanita UMNO Malaysia mengganggu program ceramah
penerangan Pakatan Rakyat dengan bertindak memasang khemah-khemahnya di
saat akhir sebelahan program PR di Parlimen Gopeng.
Konsert
pacak yang dipercayai ditaja MCA dan UMNO Gopeng dilihat cuba mengalih
hadirin dengan tarian ghairah, tarian naga, dentuman bunga api dan
hidangan arak dan 4 ekor babi panggang namun hadirannya cuma sekitar 200
orang.
Sementara ceramah Pelancaran Bersih 3.0 Pakatan Rakyat dihadiri lebih
dari 3000 orang mendengar ucapan dari wakil PAS Sungai Rapat Radhi
Zainon, Ahli Parlimen Gopeng Dr Lee Boon Chye, Mantan Menteri Besar
Perak Dato Seri Nizar dan ucaptama Pengerusi BERSIH 3.0 A.Samad Ismail.
Samad Ismail yang baru hari lahirnya ke-77 melahirkan rasa bimbang
kepada negara jika tidak diBersihkan golongan pemeras kalangan penguasa
yang jurang pemisah yang semakin luas. Tindakan beliau daripada hanya
menulis kepada turun bersama rakyat bawahan kerana kebebasan suara media
terutama akhbar dan TV disekat dari tuntutan kebebasan dan demokraisi
tulen.
No comments:
Post a Comment