3pm: Polis melepaskan tembakan gas pemedih mata dan
meriam air di persimbangan jalan Tun Perak-Jalan TAR. Difahamkan polis
bertindak demikian selepas ada peserta melanggar larangan memasuki
Dataran Merdeka.
2:34pm Masjid Jamek - Pengerusi
bersama BERSIH Datuk S Ambiga berkata perhimpunan BERSIH 3.0 telah
berjaya dan menggesa orang ramai supaya bersurai.
Bagaimanapun, orang ramai melaungkan "Dataran! Dataran!"
Sebelum ucapan Ambiga, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata rakyat telah menyatakan dengan jelas bahawa mereka tidak akan bertolak ansur dengan politik kotor.
Anwar adalah sebahagian daripada kumpulan yang berarak dari Masjid Negara.

2.15pm: Puduraya - Kumpulan 10,000 dari Masjid Negara sampai ke Puduraya dalam perarakan panjang ke Dataran Merdeka.
2pm Masjid Jamek - Anggota jawatankuasa MCA bahagian Kelana Datuk Lee Hwa Beng dilihat berhampiran restoran McDonalds.
Katanya, beliau menyertai perhimpunan tersebut atas kapasiti peribadi dan MCA telah menyatakan dengan jelas bahawa ia tidak menghalang ahli daripada menyertainya.
Ditanya mengapa beliau menyertai perhimpunan tersebut, Lee memetik dari buku barunya - PKFZ: A Nation's Trust Betrayed - bahawa berdiam diri bukan lagi satu pilihan.

No comments:
Post a Comment