Anak bongsu dari tiga beradik itu bakal menyambut ulang tahun kelahiran beberapa jam sebelum keganasan itu berlaku.
"Saya berada di sebelah pembesar suara bersama ayah. Tiba-tiba keadaan jadi gelap.
"Serentak itu, saya terasa balingan batu dan tangan kiri berasa sangat sakit.
"Ayah periksa dan terus bawa saya ke klinik," katanya kepada Keadilan Daily dengan tangan yang bengkak dan berbalut.
Ibu mangsa, Adita Ketek apabila mengetahui keadaan itu, terkejut dan sedih hingga menangis.
"Saya tak sangka terjadi perkara ini. Bagaimana jika kena mata atau kepala anak saya? Semoga tuhan sahaja yang membalas," katanya.
Keganasan samseng Umno di Pantai Dalam sekitar jam 11 malam itu menyaksikan beberapa penyokong Pakatan Rakyat cedera akibat dilontar batu, telur dan botol air.
Malah, seorang warga emas berlumuran darah akibat dibaling batu ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang berucap hingga menimbulkan kemarahan Ketua Pembangkang itu.
Kejadian berlaku selepas bekalan elektrik di lokasi ceramah disabotaj.
http://keadilandaily.com/mobile/?post=30901
Tak bermaruah langsung yang melakukan kejahatan ini. Memang pengecut...padam lampu lepastu menganas... serupa baling batu sembunyi tangan... semoga Allah membalas setimpal perbuatan laknat ini.....
ReplyDeletehahaha.bodoh pnya bdk2 ni..bg duit sikit je,dh blh wat keje bodoh ni.pmimpin hang mkn brjuta2..ni bdk2 umno ni klau bg rm30,aku ingat bini ke kakak ke adik ke, dia blg bg org ratah ni.hanya rm30..bodoh kan..
ReplyDeleteKesian adik Nurul Balqish.
ReplyDelete