Setelah memperkenalkan budaya fitnah dan video lucah, para pecacai UMNO
semakin galak dengan perbuatan biadap dan kurang ajar dalam usaha
memujuk rakyat supaya mengundi Barisan Nasional dalam pilihan raya umum
akan datang.
Golongan itu telah mengadakan protes di luar rumah Pengerusi Bersama Bersih Datuk Ambiga Sreenavasan dan rumah Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng baru-baru ini.
Dalam protes terhadap Guan Eng, kumpulan yang membenci beliau telah menggantung bingkai gambar beliau yang dikalungkan dengan bunga sebagai tanda “mati” di pagar rumah keluarganya.
Dalam protes terhadap Ambiga, kumpulan yang terlibat itu mendirikan secara haram sebuah gerai burger untuk memasak daging yang kemudiannya digantung di atas pagar rumah peguam tersebut walau pun mengetahui beliau adalah seorang yang tidak makan daging (vegetarian) seperti mana sesetengah penganut agama Hindu.
(Malah, sebelum ini ada kumpulan pelampau yang membawa kepala lembu untuk dipijak dalam satu memprotes pembinaan kuil Hindu di Shah Alam)
Kerajaan UMNO-BN dah halalkan ceroboh ruang peribadi?
Sejak bila undang-undang Malaysia membenarkan ruang peribadi dan kawasan rumah diceroboh dan dicabul sewenang-wenangnya oleh sesiapa sahaja?
Sejak bila pihak berkuasa mengambil keputusan untuk membiarkan sahaja tindakan yang liar dan melanggar undang-undang ini?
Sejak bila kerajaan UMNO-BN membenarkan sesiapa sahaja menceroboh kawasan persendirian tanpa dikenakan sebarang tindakan?
Mungkin ini budaya yang mahu dibawa oleh UMNO-BN jika para pengundi memberi mandat sekali lagi kepada pemimpin mereka untuk terus memerintah Malaysia.
Apakah ini bermakna UMNO-BN mahu rakyat Malaysia mengadakan perhimpunan beramai-ramai di hadapan rumah Perdana Menteri atau Timbalan Perdana atau mana-mana Menteri atau Ketua Menteri serta Menteri Besar jika tidak puas hati dengan apa-apa isu?
Apakah kerajaan UMNO-BN sudah rela dengan protes rakyat di hadapan rumah peribadi Datuk Bandar Kuala Lumpur atau mana-mana pemimpin, dengan jaminan tiada sebarang tindakan undang-undang akan dikenakan?
Golongan yang menyokong pencerobohan
Malah, ada pihak yang mengatakan “padan muka” Ambiga apabila kawasan rumahnya diceroboh kerana beliau telah menganjurkan perhimpunan aman Bersih 3.0 di ibu kota pada 28 April lalu.
Golongan yang cetek akal ini tidak faham atau jahil bahawa undang-undang membenarkan perhimpunan aman di kawasan awam. Mereka tidak sedar bahawa ruang peribadi dan persendirian adalah kawasan yang tidak boleh diceroboh, dan sesiapa yang mencabulinya boleh dan patut dikenakan tindakan undang-undang.
Namun, jika inilah caranya UMNO-BN mahu berkuasa, maka para pemimpin mereka tidak boleh menyalahkan mana-mana pihak selepas ini kalau ada orang yang mengikut jejak langkah tabiat buruk dan keji daripada kumpulan yang mengadakan bantahan di rumah peribadi.
Sebagaimana yang dikatakan oleh Ambiga, jika kumpulan yang memprotes di hadapan rumahnya mahu mendapatkan ganti rugi perniagaan sewaktu perhimpunan Bersih 3.0 kerana polis gagal mengawalnya dengan baik, malah bertindak ganas, mereka boleh membuat tuntutan di mahkamah.
Jika tiada tindakan undang-undang untuk menjamin hak peirbadi dan privasi, adakah ini budaya baru yang ditawarkan oleh UMNO-BN untuk rakyat Malaysia?
Adakah manifesto pilihan raya UMNO-BN akan menjanjikan kebebasan pornografi untuk media bagi menyiarkan gambar-gambar lucah dari pita video semata-mata untuk mengaibkan orang tertentu walau pun tanpa sebarang siasatan dan kesahihan?
Apakah fitnah sudah menjadi halal mengikut ajaran agama yang dianuti oleh para pemimpin UMNO-BN serta para pecacai mereka?
Maka kita harus bertanya kepada diri sendiri: Inikah sebabnya mengapa kita perlu undi Barisan Nasional dalam pilihan raya akan datang?
bukankah demontrasi jalanan diajar oleh pakatan rakyat jika hendak membantah mengenai sesuatu perkara.??
ReplyDeletejadi bila kena pada diri sendiri kenapa nak marah..?? inilah demokrasi dan kebebasan suara yang pakatan mahukan.
anonymous faham tak dgn kawasan awam dan kawasan persendirian......kalu tak faham jgn byk cakaplah....itu sbb UMNO/Bn pakai redah jer....sbb dia ingat duit rakyat...duit kepala bapak die jugak......
ReplyDelete