Senarai nama ADUN dan ahli parlimen yang menyalah-gunakan kuota
pembelian rumah kos rendah untuk kepentingan peribadi dan ahli keluarga
terdekat akan didedahkan.
Sehubungan itu, menurut Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid
Ibrahim, pihaknya menerusi Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor
(LPHS) akan membuat pemantauan secara terperinci untuk memastikan kuota
yang diperuntukkan itu diagihkan dengan betul .
“Ketika pemerintahan kerajaan BN, setiap ADUN diperuntukkan kuota untuk mengagihkan rumah kos rendah kepada mereka yang layak .
“Selepas Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran pada Mac 2008,
kuota yang diamalkan sejak sekian lama itu telah dimansuhkan kerana
diragui ketelusannya,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Serah
semula rumah
Menurut Khalid, pada Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor hari
ini, beliau juga telah mengarahkan pemantuaan dibuat terhadap setiap
kakitangan kerajaan yang memiliki rumah kos rendah sejak 2004 sehingga
sekarang.
“Ba
gi kakitangan kerajaan yang telah memiliki rumah kos rendah, mereka
akan dipanggil untuk memberi penjelasan dan jika terdapat unsur-unsur
penyelewengan dalam pemilikan itu, tindakan sewajarnya akan diambil.
“Kakitangan kerajaan ini juga akan diminta untuk menyerahkan semula
rumah berkenaan kepada Kerajaan Negeri untuk dijual kepada mereka yang
benar-benar layak,” katanya.
Khalid berkata dalam kes dua pegawai kanan kerajaan negeri – Sharipah
Marhaini Syed Ali dan Hanizah Katab, mereka telah diminta menyerahkan
semula unit yang dimiliki kepada kerajaan negeri untuk dijual.
“Tindakan ini tidak bermakna kerajaan negeri cuba menyekat mana-mana
kakitangan kerajaan daripada memiliki rumah kos rendah asalkan mereka
benar-benar layak serta menepati syarat dan prosedur yang telah
ditetapkan,” katanya.
Menteri Besar Selangor itu juga berkata pihaknya mahu memastikan
pengagihan rumah kos rendah dibuat secara adil sejajar dengan prinsip
ketelusan dan kebertanggungjawaban yang ditekankan dalam pentadbiran.
No comments:
Post a Comment