Aduan Rakyat 5 Mei 2012 - Terlebih
dahulu ingin saya mengucapkan jutaan tahniah di atas kejayaan Bank
Negara Malaysia mengeluarkan produk duit syiling negara siri yang
ketiga. Siri duit syiling terbaru ini sangat mencerminkan keunikan
Malaysia dari segi kepelbagaian kaum dan budaya.
Pada hemat saya, tidak salah kita
mengubah corak rekabentuk dan material yang digunakan. Namun, sebagai
rakyat Malaysia dan juga sebagai pengguna yang bertanggungjawab, saya
ingin mengesyorkan supaya pengeluaran duit syiling atau wang kertas
negara ini yang baru, pada masa akan datang hendaklah mengambil kira
faktor saiz dan berat yang sama hendaklah dikekalkan.
Maksudnya, walaupun rekabentuk dan
material diubah, namun berat dan saiz hendaklah dikekalkan supaya
kemudahan awam seperti telefon, mesin parking dan sebarang peralatan
yang menggunapakai wang kertas dan duit syiling sedia ada tidak perlu
dinaiktaraf dan pengusaha berkaitan juga tidak perlu mengeluarkan kos
yang tinggi bagi tujuan pelarasan ini.
Hal ini penting diperhalusi bagi
mengelakkan permasalahan yang timbul dalam urusan seharian rakyat
Malaysia, selaras dengan hasrat Kerajaan, “Rakyat Didahulukan,
Pencapaian Diutamakan”.
Besarlah harapan saya sekiranya perkara
ini mendapat perhatian pihak berkaitan supaya banyak masalah dapat
dielakkan dan penjimatan dapat dibuat. Islam juga menggalakkan kita
supaya mempermudahkan urusan, bukan menyukarkan dan membazir itu juga
amalan yang tidak baik.
Sekian, terima kasih.
By: H.A. Lim
Comment
Abjamal2
Kami yang bersekolah di asrama juga
menghadapi masalah besar kerana tidak dapat mengunakan talipon awam
disebabkan talipon awam yang ada di asrama sekolah kami tidak
menerima wang syiling baru. Perkara ini benar2 menyusahkan kami
sebagai pelajar.
JANGAN TERGESA-GESA TARIK BALIK DUIT
SYILING
SELEPAS 20 tahun, Bank Negara Malaysia
(BNM) akan memperkenalkan siri ketiga duit syiling Malaysia yang akan
berada dalam edaran pada 1 Januari 2012. Siri ketiga duit syiling
tersebut adalah bagi denominasi 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen.
Itulah berita yang tersiar di dalam
Utusan Malaysia baru-baru ini yang pastinya mengundang pelbagai kesan
baik dan buruk terhadap masyarakat negara ini.
Saya sebagai usahawan bumiputera yang
berkecimpung di dalam perniagaan mesin layan diri yang menggunakan
duit syiling dan banyak lagi peniaga di negara ini pastinya bimbang
dengan berita ini.
Mana tidaknya mesin dan teknologi yang
digunakan datangnya dari luar negara. Ia pastinya perlu ditukar
dengan kos yang tinggi.
Sebelum ini, ketika penggunaan syiling
RM1 emas ditarik balik dari pasaran, ketika itu saya terpaksa
membelanjakan puluhan ribu ringgit untuk membeli mesin baru bagi
membolehkannya menerima syiling 50 sen, 20 sen dan 10 sen.
Memang diakui sekarang ini terdapat
banyak syiling 50 sen palsu di pasaran yang dikenal pasti oleh pihak
bank. Tetapi penukaran semua syiling oleh pihak BNM pastinya akan
lebih membebankan.
Sepatutnya penguatkuasaan ditingkatkan
dan penukaran bukan jalan mudah untuk menangani masalah ini.
Walaupun pihak vendor yang
mengendalikan mesin wang tunai akan diberikan tempoh selama enam
bulan untuk mengubah suai mesin mereka bagi memudahkan penggunaan
duit syiling baharu itu tetapi kos penukaran pastinya jauh lebih
tinggi.
Sebuah alat pembaca duit syiling
sekarang bernilai hampir RM1,000. Bayangkan jika terdapat lebih 100
mesin yang perlu diubah suai.
Tambahan pula teknologi datangnya dari
luar negara dan pasti akan mengambil masa lebih lama untuk proses
ubah suai.
Bayangkan juga jika syiling ini ditarik
balik dan mesin masih belum siap diubah suai, apa akan jadi kepada
usahawan ini.
Saya berharap jika kerajaan hendak
menarik balik syiling daripada pasaran perlulah pihak kerajaan
menimbang secara serius untuk memberikan insentif kepada kami yang
terlibat.
Saya ingin mencadangkan jika perlu
ditukar juga syiling ini, saiz dan berat syiling berkenaan dikekalkan
cuma warna dan corak ditukar dan diletakkan cip bagi mengelakkan
pemalsuan.
Adalah diharapkan pihak rakyat
didahulukan dan tidak seperti sekarang kerana marahkan nyamuk kelambu
di bakar.
Ingatlah, setiap tindakan yang bakal
diambil akan melibatkan ramai pihak dan kos yang perlu ditanggung
amat tinggi.
RAKYAT
Rawang, Selangor
BNM perkenal not, syiling baru
http://www.hmetro.com.my/articles/BNMperkenalnot_syilingbaru/Article/
No comments:
Post a Comment