GERAM MAHATHIR!!! Semuanya salahkan Pak Lah
- Aku
tak tahu apa salah besar yang dibuat oleh Pak Lah kepada Tun Mahathir
sehinggakan sampai sekarang kemarahannya belum reda. Dalam tulisan
terbaru Tun Mahathir, dia menuduh kemarahan rakyat pada Pak Lah menjadi
sebab kenapa pada pilihanraya ke 12, BN tidak mampu mengekalkan
kemenangan 2/3 kerusi parlimen.
- Tun Mahathir nampaknya masih tidak
dapat menerima sedikitpun kemarahan rakyat bukanlah pada Pak Lah
semata-mata tetapi sebaliknya kemarahan rakyat adalah pada BN dan Tun
Mahathirlah orang yang bertanggung jawab sedikit sebanyak mencetuskan
kemarahan itu.
- Pemerintahan Tun Mahathir yang
merupakan PM paling lama memerintah di antara PM-PM yang pernah ada
berjaya menyebabkan gabungan kemarahan-kemarahan kecil beransur menjadi
besar. Kebetulan kemarahan tersebut mencapai klimaksnya pada masa
pemerintahan Pak Lah dan aku rasa kemuncak klimaks yang kedua sedang
menunggu letusannya pada PRU 13 nanti.
- Tun Mahathir bukanlah seorang yang
tidak cerdik dan dia lebih arif untuk mengesan bahang letusan kemarahan
rakyat pada PRU 13 nanti. Sebab itu dia menyusuli teori kejatuhan BN
yang akan datang dengan tohmahan kononnya rakyat Malaysia terutamanya
pembangkang merupakan kumpulan yang pendek akal yang mahu menghancurkan
demokrasi di Malaysia dengan menggulingkan BN melalui keganasan.
- Aku yakin di sudut kecil hati semua
rakyat Malaysia memperakui ada juga jasa baiknya kerajaan BN selama ini
yang menghidangkan jamuan kemewahan pada mereka walaupun hidangan lebih
banyak merupakan kuah berbanding lauk, namun ia tetap mampu
mengenyangkan rakyat ala kadarnya.
- Namun aku pelik apabila Tun M menuduh
pembangkang yang menjadi pesaing dalam pertandingan lumba lari
pilihanraya Malaysia dituduh mahu menyela kayu dikaki BN supaya mereka
rebah tak dapat bertanding. Sedangkan PR mahu bertanding secara bersih
sehingga ke garisan penamat dan siapa kuat dialah yang menang.
- Apa yang aku lebih risaukan adalah
setiap kali tiba di garisan akhir, ada orang yang sentiasa menjauhkan
tali penamat lebih jauh setiap kali pembangkang tiba dulu...
- Baca tulisan Tun M di sini.
Huuuu!!!! sedihnyo,,,isk! isk!..
ReplyDelete