Umno
tidak boleh lagi mendakwa ia mewakili orang-orang Melayu kerana tidak
sampai separuh dari orang Melayu yang mengundi parti itu.
Malah, ahli Umno sendiri pun tidak mengundi parti itu, kata bekas Ketua Penerangan Umno Pekan, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz.
Ketika menolak dakwaan kononnya Umno mewakili Melayu itu, beliau berkata: "Calon-calon Umno mendapat hanya dua juta undi dari 5.7 juta undi Melayu.
"Jika Umno dapat dua juta undi sahaja, ia juga bermakna satu juta ahli Umno tidak mengundi calon-calon Umno".
Oleh itu, kata bekas Adun Pulau Manis itu, Umno malah tidak boleh mendakwa ia mewakili orang-orang Melayu.
Beliau juga menyifatkan Umno sebagai punca utama perpecahan orang-orang Melayu apabila parti itu menganggap seseorang itu hanya boleh dianggap Melayu jika ia menjadi ahli Umno.
"Punca sebenar perpecahan Melayu ialah budaya Umno yang memperhambakan minda orang-orang Melayu.
"Ia adalah parti feudal yang menanamkan pemikiran feudal kepada orang-orang Melayu. Melayu dianggap Melayu hanya jika dia Melayu Umno," tegas beliau dalam tulisannya yang bertajuk "Rise against feudal Umno" atau "Bangkit menentang Umno yang feudal".
Dengan keadaan Umno yang seperti itu, Ariff mempersoalkan apa perlu wujudnya perpaduan Melayu jika ia berada di bawah hegemoni atau pengaruh kekuasaan Umno?
"(Sedangkan) hakikat sebenarnya ialah Umno tidak ada lagi hak moralnya untuk mendakwa ia mewakili Melayu," tegas beliau.
Beliau menyeru orang-orang Melayu bangkit dan bergerak ke hadapan untuk menolak perhambaan mental yang dipaksakan oleh Umnon.
Beliau mempersoalkan, bagaimanakah kita boleh berkerjasama dengan parti yang mengkhianati kepentingan orang-orang Melayu.
"Saya sama sekali tidak akan tunduk kepada penyamun dan perompak yang mendakwa mahu meningkatkan taraf hidup dan memelihara orang-orang Melayu sambil mengapikan-apikan konfrontasi agama," tegas Ariff.

beruntunglah org yg masih bersih hati dan diberi petunjuk utk melihat kejahatan yg terang2 dibuat umno sekarang ini.
ReplyDeleterugilah pencacai yg dgn upah seketul tulang masih berlingkar dikaki tuan2 anjingnya. hina sungguh golongan jenis ini.
dahlah dunia papa kedana, akhirat pun entah mcmana. biarlah hidup lebih bermaruah, jgn jadi anjing upahan yg murah.
sekelian makhluk termasuk anak cucu akan menghina golongan penjilat tulang seperti mereka yg buat tarian punggung busuk kt rumah ambiga.