KUALA
LUMPUR, 16 MEI: BERSIH 2.0 menyarankan rakyat negara ini mendaftar
sebagai sukarelawan ‘Jom Pantau’ bagi memastikan perjalanan Pilihanraya
Umum Ke-13(PRU-13) akan datang berlangsung dengan adil dan bebas
dilindungi.
‘Jom Pantau’ yang diketuai oleh Pusat Komunikasi Masyarakat(KOMAS)
merupakan satu platform pemantauan pilihanraya rasmi BERSIH 2.0
berdasarkan lapan tuntutan utama badan itu dengan kerjasama ‘Tindak
Malaysia’ bagi melatih para sukarelawan.
Perkara ini diumumkan oleh Pengerusi Bersama BERSIH 2.0, Datuk A Samad
Said yang kesal dengan tindakan kerajaan BN yang sehingga kini gagal
melunaskan tuntutan yang dikemukakan ditambah dengan pendedahan
pelbagai keraguan yang dibuat sebelum ini.
“Langkah yang wajib kita lakukan untuk memastikan PRU-13 berlangsung
dengan adil adalah memerhatikan dengan mata yang tajam jika berlaku
penipuan.
“Para sukarelawan inilah yang akan memainkan peranan yang amat penting
sebagai pemantau, pegawai pilihanraya, pengira undi dan ejen untuk
pengundi pos.
“Kami menyeru semua penyokong BERSIH untuk sama-sama melawan penipuan,” katanya.
Selain itu, rakyat diingatkan supaya keluar mengundi memandangkan undi
mereka menjadi benteng terakhir melawan penipuan yang sedang
berlangsung.
‘Jom Pantau’ dijalankan sejak empat bulan lalu dengan memberikan
latihan kepada sukarelawan dan akan menganjurkan satu bengkel latihan
pada 26 Mei.
Mereka yang berminat boleh menghubungi Penyelaras Program, Arul Prakkash di talian 019-272 1035
Sebarang aduan berkenaan pilihanraya boleh dibuat melalui:
* SMS Aduan – 013 771 1071
*Talian Aduan – 03 2282 4105
*Twitter – #jom_pantau
*Aduan Online – www.pru13.info
*Email – jompantau@komas.org
No comments:
Post a Comment