Tuesday, May 22, 2012

KASIHAN UMNO!!! Terpaksa guna khidmat orang tua-tua hadapi Pakatan Rakyat



Umno terpaksa menggunakan khidmat orang tua di dalam Umno bagi membantu kemenangan Umno di dalam PRU 13. Terbaru Datuk Seri Rais Yatim merasmikan Kursus Asas mengenai media baru untuk anggota Mubarak (Majlis Bekas-Bekas Wakil Rakyat) dan veteran Umno.

Nampaknya Umno sudah tidak yakin lagi dengan media tradisional yang mereka kuasai seperti televisyen dan akbar harian.


Khidmat orang lama di dalam Umno perlu dikitar semula untuk membantu kapal Umno yang hendak karam.


Dari segi logiknya Umno sudah tidak perlu kepada media baru, kerana Umno memiliki jentera kerajaan yang bergerak siang malam dan bantuan kewangan daripada kantong kerajaan.


Namun semunya tidak mampu menembusi fikiran pengundi yang celik maklumat dari kalangan generasi muda terutamanya.


Khidmat orang tua di dalam Umno terpaksa digunakan kerana “orang muda yang cerdik” dengan media baru tidak bersama dengan Umno, sebaliknya mereka ini adalah golongan yang sedang menunggu untuk menukar kerajaan di dalam PRU akan datang.


Perkara ini boleh kita kaji di dalam ruangan komen blog yang terkenal seperti Malaysiakini, Malaysian insider dan lain-lain lagi telah membuktikan askar upahan Umno Bn tidak mampu melawan askar sukarelawan Pakatan Rakyat dari segi hujah ketika berperang di medan media baru.


Persoalannya mampukah orang tua di dalam Umno melawan ledakan maklumat media baru yang begitu pantas?
Idris Ahmad 

1 comment:

  1. pakatan jgn gentar sebab org2 tua ni tak mampu nk berhujah apa pun..sebab diorang nanti lebih suka & sibuk untuk melayari laman2 yg menjual produk tambah tenaga je (ubat kuat).. ha..ha..jgn marah...

    ReplyDelete