Sunday, May 20, 2012

PARTI KOMUNIS LAWAT FELDA!!! Kenapa UMNO dan Perkasa tak buat demo halang?


KUALA LUMPUR, 20 Mei: PAS mengesyaki ada agenda tersembunyi di sebalik tindakan kerajaan membenarkan ­kunjungan delegasi Parti Komunis China (PKC) ke Felda Lurah Bilut, Pahang, 12 Mei lalu.

Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman berkata, sedangkan sebelum ini isu komunis sangat sensitif di kalangan masyarakat.

Malah, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dikecam hebat kerana dikatakan membela komunis.

"Difahamkan PKC membuat lawatan sambil belajar dan berminat dengan pelaburan Felda Global Ventures. Kita tak kisah yang itu, tapi perkara pokoknya kenapa lawatan dibuat atas nama parti? Adakah kerajaan mengiktiraf PKC?" katanya kepada Harakahdaily hari ini.

Mazlan juga berkata, kerajaan  bersikap 'double standard' apabila menyambut kedatangan PKC sebaliknya menyekat Anak dan pemimpin Pakatan Rakyat bertemu masyarakat Felda.

"Pakatan Rakyat sering dihalang daripada masuk ke Felda, program disekat, tapi PKC senang-senang sahaja boleh masuk, menerima layanan baik daripada pihak pengurusan Felda," katanya yang juga Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat.

Sehubungan itu, Pakatan Rakyat Parlimen Bentong membuat laporan polis berhubung perkara ini semalam.

Mereka bimbang wujud elemen negatif memandangkan di Felda Lurah Bilut terdapat peneroka kaum Cina.

2 comments:

  1. Ayoyoyo,apa punya bangang org yang buat kain rentang tu. Akronim untuk Pari Komunis China dalam Bahasa Inggeris ialah Chinese Communist Party (CCP) bukan Communist Party of China (CPC.

    Lain kali baca byk sikit buku dan internet kalau tak tahu akronim sesuatu parti.

    Kader-kader Parti Komunis China mesti tergelak dlm hati melihat perkara tersebut......Kahkahkahakh.

    ReplyDelete
  2. Ayoyoyo,apa punya bangang org yang buat kain rentang tu. Akronim untuk Pari Komunis China dalam Bahasa Inggeris ialah Chinese Communist Party (CCP) bukan Communist Party of China (CPC. Lain kali baca byk sikit buku dan internet kalau tak tahu akronim sesuatu parti. Kader-kader Parti Komunis China mesti tergelak dlm hati melihat perkara tersebut......Kahkahkahakh.

    ReplyDelete