GUAR CHEMPEDAK - “Najib dan seluruh kepimpinan Umno, kalau berani bubar Parlimen sekarang!” demikian laung Naib Presiden Pas Pusat, Salahuddin Ayub, kepada lebih 10,000 penyokong dan jentera Pilihan Raya Umum (PRU) Pas Negeri Kedah dalam Himpunan Jentera PRU Pas Negeri Kedah yang diadakan di Stadium Mini Guar Chempedak, malam Sabtu lalu.
Laungan itu disambut seluruh jentera yang hadir dengan gema “Bubar!
Kami sudah bersedia!” yang menunjukkan Pas Negeri Kedah sudah bersedia
pada bila-bila masa untuk berjuang dalam PRU13 yang dijangka akan
diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada bila-bila
masa sahaja.
Himpunan yang bermula seawal jam 5 petang dan berlarutan hingga jam 12
tengah malam Sabtu lalu dihadiri lebih 10,000 penyokong dan jentera PRU
Pas Negeri Kedah untuk mendengar amanat dan pesanan daripada kepimpinan
tertinggi Pas Negeri Kedah dan Pas Pusat.
Amanat PRU13 disampaikan oleh Ketua Pemuda Pas Negeri Kedah, Ahmad
Yahya; diikuti Ketua Muslimat Pas Negeri Kedah, Datuk Siti Ashah
Ghazali; Ketua Dewan Ulama Pas Kedah, Syeikh Mohamad Abdullah; Menteri
Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan Naib Presiden Pas Pusat,
Datuk Mahfuz Omar.
Sementara itu, Azizan dalam amanatnya kepada jentera PRU Pas Negeri
Kedah menyeru supaya ahli dan jentera PRU Pas Negeri Kedah untuk
berjuang berhabis-habisan bagi mempertahankan kemenangan Pas di Negeri
Kedah.
“Kita kena mempertahankan kemenangan, jika Pakatan Rakyat (PR) kalah,
(jentera PRU Pas) tak buat kerja sungguh-sungguh, bila depa (Barisan
Nasional) perintah depa ghonyeh (rosakkan) balik (pentadbiran Negeri
Kedah)," katanya.
Walaupun waktu sudah 11.30 malam, namun semangat penyokong dan jentera
PRU Pas Negeri Kedah tidak luntur malah semakin berkobar-kobar tatkala
Salahuddin membacakan amanat Mursyidul Am Pas, Datuk Seri Nik Abdul
Aziz.
Himpunan itu terus bergema dengan laungan pembakar semangat untuk
menghadapi PRU13 sehingga majlis bersurai kira-kira jam 12.30 tengah
malam.SH
No comments:
Post a Comment