Kebetulan
Datuk Fauzi adalah jiran sekampung saya di Kampung Pantai Besar Batu Kurau
Perak. Beliau dilahirkan pada tahun 1950, dan menyertai PDRM
pada April 1975, dimana pada waktu itu beberapa tempat dikawasan utara tanah
air telah berlaku peristiwa mogok
kemiskinan terutama
di Baling Kedah, dan tidak ketinggalan di Kampung Pantai Besar itu sendiri.
Setelah beliau menyertai PDRM, saya hanya berkesempatan
bertemu beliau setahun dua tiga kali. Terutama di waktu umat
Islam menyambut Syawal, apabila beliau telah dilantik memegang
jawatan sebagai Ketua Polis Daerah Dang Wangi, dimana pada waktu yang
sama saya diamanahkan sebagai Ketua Penerangan Pas Kawasan Titiwangsa, WP.
Selaku Ketua Penerangan Pas sudah tentulah banyak program yang perlu diatur
termasuk urusan untuk mendapatkan permit
ceramah.
Pejabat beliaulah menjadi tempat yang selalu saya kunjungi,
sehinggakan ada dikalangan anggota polis menyangka saya adalah salah seorang
daripada mereka, begitu juga sahabat-sahabat daripada PAS yang menyangka saya
sebagai Special Branch(S.B). Kerana begitu mudah untuk saya mendapatkan
kerjasama dari pihak polis, diwaktu beliau sebagai 0CPD Dang Wangi inilah,
beliau pernah disindir oleh seorang Menteri Perlancongan (UMNO), kerana
ketegasan beliau menggempur tempat-tempat maksiat dan persundalan terutama di
Sun Komplek, Wisma Bond dan beberapa tempat di daerah Dang Wangi.
Sindiran menteri ini lebih kurang berbunyi “kalau dok serbu saja
ianya akan mengurangkan kedatangan pelancong luar ke Malaysia”.
Mungkin pada pandangan Menteri ini pelancung-pelancung yang datang ke
Malaysia ini hanya berminat ketempat-tempat maksiat seperti itu.
Selepas tenguran dari Menteri ini, saya dapati seperti ada halangan bagi
Datuk Fauzi membanteras tempat-tempat perjudian dan persundalan yang
tidak dilesenkan.
Ini membuatkan saya menulis surat kepada KPN pada waktu itu Tun Hanif
Omar tentang halangan ini. Ekoran dari surat saya itu, saya
dimaklumkan beliau telah dipanggil oleh KPN dan saya juga dipanggil oleh Ketua
Polis KL ketika itu Datuk Ku Chin Wah.
Datuk Fauzi adalah seorang yang sentiasa menjaga solatnya sejak dari
remaja, dan inilah yang saya kira dapat membantu beliau melihat yang benar itu benar dan yang batil itu batil.
Walaupun ada rakan-rakan yang memberi komen-komen yang agak negatif
dalam posting saya 3 hari lepas, saya sangat-sangat
mengharapkan kita semua berdoa ke hadrat Allah S.W.T semoga Datuk Fauzi
dan keluarganya diberi kekuatan bersama-sama kita mengharungi perjuangan ini.
Satu perkara yang perlu saya sebut disini, di DUN Batu
Kurau sangat-sangat dikenali sebagai kawasan UMNO HANGIT, terutama di kampung
Pantai Besar. Dengan penyertaan beliau menjadi ahli PAS,
saya sangat-sangat mengharapkan ianya memberi satu pukulan maut kepada
Umno Larut dan Perak khususnya.
Boleh di katakan 90 peratus dari penduduk Batu Kurau ini mempunyai
pertalian persaudaraan dengan Datuk Fauzi. Disaat peserta-peserta BERSIH dibelasah oleh segelintir anggota
polis, namun disana masih ada polis yang berperikemanusian.
Bagi saya bukan
anggota polis yang perlu dipersalahkan. Sebaliknya
UMNOlah yang sepatutnya kita persalahkan kerana menyalah gunakan jentera
kerajaan termasuk POLIS untuk menjadi benteng mereka hinggakan polis bersikap
seperti tidak berperikemanusian.
Akhir
sekali saya menyeru rakan-rakan dan sahabat handai serta kaum keluarga Datuk
Fauzi marilah bersama-sama kita berada dalam perjuangan menegakkan
kebenaran dan tidak lagi bersekongkol dengan UMNO (BN) yang telah pun menggadai
negara ini kepada warga asing melalui pemberian My Kad (I.C) serta menjadikan
mereka sebagai pengundi berdaftar.
Kepada Datuk Fauzi saya ucapkan syabas, Ahlan Wahsahlan,
dan marilah sama-sama kita berdoa diberikan Taufik Dan HidayahNYA.
الله أكبر
الله أكبر
الله أكبر
Nukilan ; Jamaluddin rahman (JR
– Pasti Jihad)
Parit Buntar
Allahu akbar
ReplyDeletemoga sejarah Umar alkhattab akan berulang...