Friday, May 25, 2012

TERKINI!! PKR kenal pasti samseng UMNO baling batu dan telur!!


Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) telah mengenal pasti samseng Umno yang melempar batu, telur dan botol hingga menyebabkan beberapa penyokong Pakatan Rakyat cedera di ceramah malam tadi.

Menurut Pengarah Operasi Jentera Pilihan Raya KEADILAN Lembah Pantai, Md Zaman Md Tasi, tindakan biadap itu dilakukan oleh Pemuda Umno kawasan berhampiran.


"Saya mengenal pasti mereka adalah Pemuda Umno. Saya merupakan penduduk Lembah Pantai dan mustahil saya tidak mengenali mereka," katanya.


Sementara itu, dalam sidang media yang sama, Pejabat Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar turut menjadi sasaran tindakan provokatif pihak tidak bertanggungjawab ini.


Nurul Izzah berkata, ketika mahu ke pejabat pagi tadi, beliau menyedari beberapa biji telur telah dijumpai di tangga pejabatnya dipercayai dilempar sebelum itu.


"Kejadian ini disedari pada jam 10.00 pagi. Selepas selesai program di Puchong, saya singgah di pejabat dan mendapati tangga menuju pejabat saya penuh dengan kesan telur pecah," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN di Merchant Square, Petaling Jaya, di sini tengah hari tadi.


Beliau mengesyaki perbuatan itu dilakukan Pemuda Umno kerana setiap pagi beliau mendapati ramai di kalangan mereka melepak di restoran mamak berhampiran.


Dalam kejadian malam tadi, penyokong Pakatan Rakyat cedera terkena balingan batu yang dilempar dari tapak ceramah Umno-APCO yang berselindung di sebalik NGO Tibai yang menampilkan Umi Hafilda Ali yang mengganggu ceramah Pakatan Rakyat yang terletak kira-kira 30 meter dengan hanya dipisahkan oleh pagar apartmen.


Nurul membuat laporan polis berhubung kejadian balingan batu dan telur, gangguan di pejabat dan provokasi Umno-APCO sebentar tadi dengan ditemani seorang lagi Naib Presiden, Tian Chua.

2 comments:

  1. Rasanya tak perlu lagi org2 PR bersabar dgn samseng2 umporno, nak hrp kan polis smpi kiamat pn tiada tindakan diambil... jadi mrk ni perlu ditangani dgn cara samseng jugak... apakata org PR kumpulkan pemuda berani mati utk membelasah silaknat penyerang bila berlaku lagi kejadian yg sama...

    ReplyDelete
  2. Jgn kita ikut rentak ungka2 tu smua..diorang hanyalah kuli macai yg menerima upah..kalu kita ikut cara diorang,kompem kluar paper tv bagai..bile jd camtu,yg atas pagar pun pk gak nak pangkah PR..dan apa beza nye kita ngan ungka2 umno kalau jd camtu?

    ReplyDelete