Aktivis siswa mahu saman Utusan, Kosmo!
Aktivis
pelajar, Khalid Ismath, yang didakwa menendang seorang anggota polis
trafik ketika perhimpunan BERSIH 3.0 akan menyaman akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo! berhubung tuduhan tersebut.
Pada sidang media petang ini, Khalid berkata, tindakan saman itu diambil berikutan berita yang dipaparkan kedua-dua akhbar itu tidak benar.
"Saya kini sedang berbincang dengan peguam dan beberapa aktivis pelajar. Saya akan saman Utusan dan Kosmo! kerana memaparkan berita dan gambar saya.
"Berita tersebut mencalarkan reputasi saya sebagai seorang mahasiswa dan mengaibkan nama keluarga saya yang sebelum ini dikenali dengan keluarga yang baik kerana mereka mengatakan saya ganas," katanya.
Turut hadir pada sidang media itu Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Safwan Anang dan Pengerusi Malaysia Bangkit, Mohd Syahid Zaini.

'Menteri kata bukan saya'
Khalid berkata, beliau rasa teraniaya apabila ditahan polis ekoran penyiaran gambar lelaki yang didakwa sebagai dirinya itu.
"Saya rasa teraniaya bila polis tiba-tiba menahan saya sedangkan saya datang ke sana (balai polis) atas kerelaan untuk membantu polis. Nak buktikan yang saya bukan pelaku dalam gambar itu," katanya.
Khalid juga memaklumkan bahawa Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah sendiri memaklumkan di Twitter bahawa individu yang disiarkan dalam akhbar milik Umno itu bukan dirinya.
"Dalam satu tweet , Saifuddin mengatakan, dia dapat info daripada seorang SB UiTM yang mengatakan imej gambar dalam akhbar itu bukan saya.
"Kerana menurutnya, SB sentiasa ada bersama mengikut saya," katanya lagi.
saman jangan tak saman, biar bangkrap utusan kali ini , hancur utusan kaki ampu
ReplyDeletedah memang sah2 la ko..buat nak bantu konon..blah la, kalu minta CSI siasat sex appeal gmbar ko pun dah sah2 ko..dah la syiah nak rosak perandakan kedua2 parti..org cm ko ni nak saman .go ahead..
ReplyDeletektorang alukan2..lihat Allah itu ada, ko igt ko slamanya berjaya dan betul, nak tipu2 masyarakat..ko taw ko 2 sepak polis, ko sedar x..ko xumbah bahar asyad..pirah syiah punya student.