Monday, June 18, 2012
BILA NAJIB&ROSMAH KE LUAR NEGARA!!! Duit rakyat Malaysia jadi mangsanya, RM 26 Juta ( Dari April 2009 - Mei 2012)
KUALA LUMPUR, 19 JUN: DAP mempersoalkan tindakan kerajaan Barisan Nasional membelanjakan hampir RM26.1 juta bermula April 2009 hingga Mei 2012 yang melibatkan Perdana Menteri dan pegawai-pegawainya untuk lawatan ke luar negara.
Setiausaha Hal-Ehwal Antarabangsa DAP Liew Chin Tong berkata, perbelanjaan itu amat besar bagi negara Malaysia yang mana rakyat masih memerlukan pembelaan dan bukannya membelanjakan wang rakyat untuk pemimpin negara membuat lawatan ke negara-negara asing.
Beliau juga kesal kerana Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz tidak menjawab soalannya di Parlimen secara terperinci. Liew yang juga Ahli Parlimen Bukit Bendera telah meminta kerajaan menjelaskan kepada rakyat apakah manfaat dari lawatan-lawatan tersebut kepada Malaysia dan rakyat Malaysia.
Dalam jawapan bertulis kepadanya, Nazri hanya menjawab bahawa sebanyak 74 lawatan yang telah diadakan dari 2009 hingga 2012.
“Hampir RM26.1 juta telah dibelanjakan dan seramai 1108 bilangan pegawai turut terlibat dalam lawatan tersebut.”
Pada 14 Jun lalu, Ahli Parlimen DAP Seputeh Teresa Kok telah mengemukakan soalan bertulis kepada Kementerian Kewangan mengenai lawatan kerja Perdana Menteri Amerika dan Eropah.
Nazri yang turut memberi jawapan bertulis menjelaskan bahawa lawatan Najib itu selama 11 hari pada bulan Mei lalu memakan belanja RM3 juta . – Roketkini.com
No comments:
Post a Comment