KUALA LUMPUR, 7Jun — Sumber Barisan Nasional (BN) menjangka pilihan raya
mungkin akan dilaksanakan selepas musim Haji pada 26 Oktober depan,
ekoran BN perlu menarik kembali sokongan daripada kumpulan belia dan
juga pengundi Cina.
Malah, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak juga masih lagi sedang
meneliti senarai nama calon bagi memastikan kemenangan majoriti dalam
pilihan raya umum akan datang.
The Malaysian Insider
pada 28 May telah melaporkan pilihan raya mungkin diadakan pada
September namun Najib telah mengumumkan Bajet 2013 akan dibentang pada
28 September dan mendesak strategi parti mencari tarikh yang sesuai
untuk memastikan bajet gula-gula diterima rakyat.
“Musim Haji mungkin akan melambatkan pilihan raya kerana BN mahu
rakyat merasakan manfaat Bajet 2013. Kami sedang meneliti kemungkinan
November,” kata sumber kepada The Malaysian Insider.
Sumber Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata, badan bebas itu telah
bersedia untuk pilihan raya namun sentiasa berjaga-jaga untuk pilihan
raya mengejut bagi 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi negeri, kecuali
Sarawak yang telah mengadakan pilihan raya tahun lepas.
“Kemungkinan pilihan raya pada Julai kerana bulan Ramadhan bermula
hujung bulan, kemudian Hari Raya Aidil Fitri. Mungkin pilihan raya
selepas Bajet dan Haji,” kata sumber SPR.
Pegawai yang memahami strategi BN berkata Najib mahukan BN menguasai
semula kawasan bandar selepas pengundi Cina majoritinya mengundi
Pakanatan Rakyat (PR) dalam pilihan raya 2008.
“Najib mahu sokongan belia dan pengundi Cina, beberapa bulan ini akan jadi saat sukar,” kata sumber kerajaan itu lagi kepada The Malaysian Insider.
Beliau menjelaskan pengerusi BN itu akan menghadiri perhinpunan
TwtupKami di Bukit Jalil Sabtu ini, apabila pengguna Twitter dijangka
akan berhimpun dan mengadakan aktiviti di sana. Penganjur juga sudah
menjemput Najib untuk bermain ukelele pada majlis itu, yang dikatakan
telah diadakan dengan bantuan kerajaan.
“Konsep TwtupKami lebih kurang konsert Suara Kami tahun lalu, yang
mana PM turut hadir. Beliau bekerja keras untuk meraih sokongan pengundi
muda,” tambah sumber.
Perlantikan Setiausaha Agung Gerakan Teng Chang Yeow (gambar)
sebagai Pengerusi BN Pulau Pinang turut dilihat sebagai usaha menarik
sokongan pengundi Cina yang mewakili 23 peratus populasi di negara ini.
Peningkatan rating penerimaan daripada Cina dan India menurun selepas
perhimpunan 28 April Bersih 3.0, kata kaji selidik Merdeka Center namun
kaji selidik terbaru mendapati rating Najib menurun kepada 65 peratus,
penurunan empat peratus daripada kaji selidik sebelumnya. Bekas Perdana
Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi sebelum ini menerima rating 71 peratus
apabila melaksanakan pilihan raya pada Mac 2008.
Sumber BN berkata kaji selidik mendapati BN perlu bekerja keras untuk
meyakinkan pengundi dengan terutamanya kepada 2.2 juta pengundi baru.
Pilihan raya perlu dilaksanakan sebelum April 2013 apabila mandat BN
berakhir.
Turut difahamkan kaji selidik sebelum ini mendapati BN mampu untuk
memenangi 146 kerusi Parlimen dengan 80 pasti menang, lebih daripada 140
yang dikuasai pada pilihan raya 2008.
Sumber itu berkata, kaji selidik dijalankan pada Jun dan strategi BN akan mengumpul hasil kajian pada bulan Ramadan dan Syawal.
Sumber berkata kepada The Malaysian Insider pilihan raya
Julai adalah satu kemungkinan kerana barangan pilihan raya telah mula
diagihkan ke setiap bahagian. Beberapa bahagian Umno juga mula memasang
bendera di pusat bandar dan menimbulkan spekulasi pilihan raya semakin
hampir. Kerajaan menguasai 138 daripada 222 kerusi di Dewan Rakyat dan
semua kecuali empat negeri yang jatuh kepada Pakatan Rakyat (PR).
Pentadbiran Najib memberikan fokus utama terhadap beberapa demografi
berbeza, namun cadangan pemansuhan pembiayaan pendidikan oleh PR
menyebabkan kehilangan sokongan belia, kunci utama dalam daftar pemilih
dangan 20 peratus daripada 12 juta daftar pengundi. Hampir 60 peratus
daripada pengundi baru adalah Melayu, komuniti dominan di negara ini.
Perhimpunan Bersih 3.0 menuntut pilihan raya dan daftar pemilih yang
bersih turut mengurangkan sokongan kepada kerajaan dengan hampir 200,000
peserta di Kuala Lumpur, bandar-bandar di seluruh Malaysia, dan juga
seluruh negara.
Najib telah mengetepikan spekulasi pilihan raya akan dilanjutkan
kerana Bersih 3.0, menegaskan ia akan dilakukan berdasarkan pendapat
rakyat. “ Tarikh pilihan raya tidak terjejas dengan perkara itu,”
katanya.
“Ia terpulang kepada rakyat. Kami akan menentukan berdasarkan pandangan rakyat kepada kerajaan,” kata Najib lagi.
Bersih, gabungan 84 kumpulan NGO telah menolak daftar pemilih SPR dan
menuntut pilihan raya adil dan bersih, telah mengadakan tiga
perhimpunan bermula pada 2007, dan kali terakhir pada 28 April.
Najib telah membentuk Jawatankuasa Khas Pilihan Parlimen (PSC) dan
telah mengemukakan 22 syor, namun Bersih masih lagi menegaskan daftar
pemilih masih lagi kotor.MI
No comments:
Post a Comment