Kita
sudah tahu banyak Artis yang kebelakangan ini mula secara
terang-terangan menyokong perjuangan Pakatan Rakyat, Bermula dari Pak
jabit yang sedari dulu memang ideologi politiknya bersama Pakatan
Rakyat, kemudian kemunculan Bob Lokman di atas pentas PAS.
Kemudian
beberapa artis lain menunjukkan kecenderungan menyokong pakatan Rakyat,
antaranya Wardina Safiya, Arwahyarham Bob Kuman yang akhir hayatnya
mendekatkan diri kepada Islam, penyanyi Aishah yang beberapa kali
menceritakan pengalamannya atas pentas PAS, Abby Abadi dan Dayangku
Intan.
Malah malam tadi bertempat di Stadium PJ, Kelana Jaya, Petaling Jaya, Selangor Sham Kamikaze seorang pemain gitar yang disegani dalam industri seni tanah air bertindak moderator dalam satu program bersama Ustaz Azhar Idrus.
Ini membuktikan perjuangan Pakatan Rakyat tidak lagi asing dari golongan pengiat seni tanah air.
Malah malam tadi bertempat di Stadium PJ, Kelana Jaya, Petaling Jaya, Selangor Sham Kamikaze seorang pemain gitar yang disegani dalam industri seni tanah air bertindak moderator dalam satu program bersama Ustaz Azhar Idrus.
Ini membuktikan perjuangan Pakatan Rakyat tidak lagi asing dari golongan pengiat seni tanah air.
Kini seorang lagi Artis dikatakan telah berceramah diatas pentas PAS untuk menyokong pakatan rakyat secara terbuka.
Pelakon Hairie Othman dikatakan malam tadi telah berceramah diatas Pentas PAS, Sila lihat gambar dibawah.
Benarkah
Hairie berceramah di atas pentas Pakatan Rakyat, mungkin bagi ramai
orang ia agak pelik, jarang sekali artis muda mahu menentang arus.
Namun
jika disoroti beberapa perkara yang dilakukan oleh hairie sebelum ini,
adalah tidak mustahil langsung beliau telah naik dan berceramah diatas
pentas Pakatan Rakyat, ini berdasarkan sokongan beliau terhadap Pakatan
Rakyat tidak diselindungkan.
Terdahulu
beberapa hari lepas sekeping gambar menunjukkah Hairie dan seorang lagi
rakan seni sedang duduk menjamu selera bersama seorang pemimpin PAS.
Hairie sebelum ini pernah menempelak kenyataan seorang pemimpin Umno kelantan yang memperlekeh tindakan beberapa orang artis yang menyokong perjuangan PAS dan Pakatan Rakyat.
Didalam laman sosial facebooknya dia menulis
"saya
artis jugak, kalau artis kempen/masuk UMNO x de pulak nak dijadikan
isu, kenapa bila kita nak demokrat, nak berbeza pendapat selalunya
dianggap pembangkang, kenapa, nak berbeza pendapat tak bole ke? mesti
ikut macam lembu saja?" - hairie othman
Jika benar Hairie Othman telah memilih untuk berada di atas pentas Pakatan rakyat, ia sesuatu yang bagus, tidak ramai sebenarnya artis di dalam negara ini yang berani menentang arus gara-gara takut kelak periuk nasi mereka terjejas kerana pilihan mereka.
"tukanglawan" tahu masih ramai lagi artis yang memilih berdiam diri, kita hormati apa yang dilakukan mereka kerana kita faham risiko yang akan mereka hadapi.
Dan buat artis yang berani bersuara secara terang-terangan, anda melakukan sesuatu yang sepatutnya, tugas artis bukan sekadar menghibur , anda juga punya fungsi cukup penting dalam masyarakat sivil, tahniah.tukanglawan
BANYAK KELDAI PENGAMPU SUKA EMY SEARCH,AWIE & YANG SEANGKATAN DENGANNYA ;)
ReplyDelete