Menurut
sumber yang masih tidak rasmi hari ini menyatakan proses penyitaan sebuah
bangunan yang didakwa Bangunan yang didiami UMNO Bukit Gantang sudah boleh dan bakal
diambil tindakan mahkamah iaitu penyitaan. Proses pendakwaan dibuat keatas sebuah
yayasan yang diragui dan dipercayai tidak wujud di parlimen Bukit Gantang iaitu
Yayasan Darul Taklim.
Menurut sumber lagi menyatakan pihak berkenaan tidak
gagal dalam perjanjian ( Dipercayai pembayaran ) sejak tahun 2002 lagi yang ada
kaitan dengan sebidang tanah seluar 5 ekar di Terong yang
dikatakan akan dibina premis untuk
tujuan pendidikan orang islam .
Kes ini telah 2 kali dibuat dakwaan dimahkamah terhadap
pihak yang mendiami bangunan ini yang dipercayai kakitangan UMNO Bukit Gantang. Bacaan
pertama tidak dimaklumkan apa keputusanya dan keputusan kedua (Hari ini)
mahkamah telah mengeluarkan arahan menyita bangunan yang dimaksudkan.
Melalui pendakwa kes ini juga dimaklumkan pihak mahkamah Taiping telah
membenarkan bangunan tersebut disita dari beroperasi bermula
hari ini 14 Jun 2012 sehingga 05
Julai 2012.
Ini bermaksud Bangunan yang
dijadikan pejabat UMNO Bukit Gantang tidak boleh digunakan atau beroperasi
sehingga tarikh tersebut,ini kerana dimaklumkan juga pihak UMNO Bukit Gantang
secara diam-diam membuat bantahan dimahkamah tanpa pengetahuan pihak pendakwa.
Sebarang
harta benda yang berada didalam bangunan tersebut adalah dilarang dikeluarkan sehingga tempoh
yang dinyatakan tadi.
Hari ini pihak pendakwa tidak dapat melakukan penyitaan
bangunan yang dimaksudkan atas sebab dokumen perlantikan pihak keselamatan yang
dilantik masih belum dapat disiapkan, dengan itu proses
penyitaan ini akan dilaksanakan
esok pagi 15 Jun 2012.
*** Proses undang-undang sudah berjalan…diharap tiada tangan-tangan kasar,ganas dan ghaib datang esok
hari untuk melepaskan mereka yang nyata
wajar diambil tindakan….
No comments:
Post a Comment