[Scopene Scandal] Tiada
sebab dan siapalah kami untuk menuduh serta meletakkan kesalahan pada
yang lain sebelum seseorang benar-benar dibuktikan bersalah.
Setiap negara ada sistem
undang-undangnya tersendiri. Tetapi, jika mahkamah mahu memanggil
individu yang dirasakan sesuai bagi untuk menjadi saksi dalam membantu
siasatan dan dalam pada masa yang sama ruang yang ada nanti semasa
prosedur mahkamah nanti boleh digunakan bagi membersihkan namanya pun
masih tidak diendahkan, natijahnya yang tidak boleh dielakkan adalah
timbulnya pelbagai spekulasi orang ramai dan masyarakat luar yang terus
memerhatikan perjalanan kes berprofil tinggi, Scopene scandal ini.
Scorpene Scandal : Laporan Berita Harian Kanada (Vancouver Sun)
Setakat semakan yang kami lakukan ketika ini, antara portal berita yang telah menyiarkan laporan berita bakal Scorpene Scandal
ini antara lainnya adalah portal berita dari Kanada, Hong Kong juga
tidak ketinggalan dan portal berita juga negara jiran Malaysia, Kemboja
juga tutrut memberikan liputan mengenai Scandal Scorpene ini.
Berdasarkan laporan yang dibuat oleh portal berita itu, Datuk Najib dipercayai atau disyaki telah memainkan peranan sebagai dalang atau perancang utama kepada pembunuhan Altantuya
Scorpene Scandal : Laporan Berita Harian Hong Kong (Ming Pao)
Pemberita Hong Kong Ming Pao contohnya
sudah mulai mengikuti secara dekat perkembangan kes berprofil tinggi
ini. Antara butiran yang terkandung dalam laporan berita yang
dikeluarkan oleh Ming Pao ini antara lainnya menyebut :
- Sebuah syarikat Hong Kong, Terasasi diheret dalam kes ini scorpene scandal ini
- Terdapat pengesahan untuk mengatakan Razak Baginda dan juga Abdul Mulim Baginda sebagai pengarah syarikat. Kedua-dua individu ini beralamatkan Kuala Lumpur, tetapi alamat syarikat di Hong Kong ini merupakan syarikat setiausaha.
- Syarikat di Hong Kong, Terasasi itu yang didakwa telah menyalurkan 36 juta Euro kepada Datuk Seri Najib dan rakannya
- Sebuah syarikat Perancis, DCNS disyaki menyogok Najib Razak, Perdana Menteri Malaysia bagi mendapat kontrak membekalkan 3 buah kapal selam Scorpene ke Malaysia melalui sebuah syarikat Hong Kong (Terasasi) yang ada kaitan dengan Razak baginda
Scorpene Scandal : Laporan Berita Harian Kemboja (The Phnom Penh Post)
Terdapat dua ayat yang berjaya menarik perhatian berdasar laporan berita yang dikeluarkan oleh The Phnom Penh Post :
- And PM Najib may not escape so easily either, since the issue will be raised in parliament next week and will impact the coming general election.
- If so, Tuya’s gruesome death will not have been in vain
Jikalau di Malaysia liputan berita
sebegini, kurang mendapat tempat dikalangan pemberita media arus perdana
baik daripada media elektronik mahupun media cetak. Dan, dua kenyataan
yang kami petik berdasarkan laporan berita The Phnom Penh Post
memberikan satu isyarat yang mana besar kemungkinan Pilihanraya Umum ke 13 akan diadakan tidak lama lagi. Mungkin?
P/S : Kami berharap saksi yang
dipanggil dapatlah kiranya memberikan kerjasama bagi melancarkan
penyiasatan kes yang dijalankan mahkamah Perancis ketika ini, apatah
lagi ia melibatkan nama dan kepentingan negara. Dipanggil menjadi saksi
bukan bermakna seseorang itu bersalah, tetapi apabila nama disebut
berkali-kali pun masih tidak diendahkan, itu semua yang akan menimbulkan
persoalan dikalangan ramai pihak….
PP/S : Bagi kami tuduhan yang dilemparkan media asing kepada pemimpin no 1 negara Malaysia bagi Scorpene Scandal
ini cukup berat. Pertama, didakwa terima rasuah. Keduanya, terlibat
dalam kes pembunuhan gadis Mongolia. Kalau di Malaysia, “hayat
pemberita” seperti di atas mungkin tidak lama. Tetapi bagaimana pula
dengan pemberita media asing ini? Adakah cukup sekadar berdiam diri?
Media massa kat Malaysia asyik2 dok tunjuk Azmin ada harta 30juta anwar ada skandal dgn bini azmin...awat xmau dedah skandal scorpene...1dunia dah tau kes ni...1Malaysia ja yg xtau..boring aku...haram jadah berat sebelah
ReplyDelete