BESTARI JAYA 04 JUN : Jika di bawah Umno-BN dulu, seorang penduduk
Kampung Jaya Setia perlu membayar sampai RM24,000 jika mahukan geran
tanah.
Harga yang tinggi bagi mendapatkan geran adalah sebab utama 320 orang
kampung itu tidak mendapat hak milik kepada tanah yang ibubapa mereka
teroka selama lebih 40 tahun.Namun, keresahan mereka bertukar menjadi
kesyukuran apabila Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran Kerajaan
Selangor.
Ketua kampung, Osman Badaie, 65, berkata semua penduduk amat menghargai
jasa Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang sangat
prihatin dengan rakyat di negeri ini.
Melalui “Skim Hakmilik Persendirian”, kesemua pemohon dari Kampung Jaya
Setia bakal menerima geran tanah dengan premium RM1,000.Osman berkata
dengan bayaran premium RM1,000, penduduk di sini mampu untuk mendapatkan
geran pemilikan tanah masing-masing.
“Kami penduduk sangat-sangat bersyukur dan berterima kasih kepada Menteri Besar kerana bermurah hati mengurangkan beban kami.
“Sebelum ini, kami dikehendaki membayar sebanyak RM24,000. Jumlah itu
sangat mahal, penduduk tidak mampu tetapi selepas Menteri Besar bertukar
tangan, Alhamdulillah semuanya selesai,” katanya ketika ditemui.
Semalam 79 penduduk menerima geran hak milik tanah mereka dalam fasa
kedua proses pemberian geran oleh kerajaan negeri. Dalam fasa pertama,
seramai 118 mendapat geran mereka, manakala 123 penduduk lain akan
menerima geran dalama fasa ketiga pada September depan. Majlis
penyampaian geran hak milik tanah itu disempurnakan oleh Menteri Besar
dan MP Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad.
Seorang lagi penerima, Abdul Hamid Sever Khan, 54, melahirkan rasa lega
kerana penantian 47 tahun untuk memiliki tanah bapanya telah berakhir.
“Ini merupakan tanah yang diteroka oleh allahyarham bapa saya, sekarang
saya mewarisi tanah ini. Ini merupakan saat paling gembira apabila dapat
memegang geran sendiri.” Abdul Hamid yang mempunyai tiga orang anak,
berkata hasil titik peluh bapanya mengerjakan tanah itu terbayar dengan
penerimaan geran itu.
Seorang lagi penerima Noriaini Abu Bakar, 62, pula berkata geran tersebut adalah hadiah yang
amat bermakna untuk seluruh keluarganya.Katanya, beliau dan allahyarham
suaminya berusaha untuk mendapatkan geran pemilikan itu bagaimanapun
tidak berjaya kerana tidak mampu.
“Walaupun tanah rumah ini hanya suku ekar tetapi ianya bermakna kerana
hanya ini sahaja peninggalan arwah suami saya kepada saya dan tujuh anak
yang lain.“Saya sangat gembira dan sekiranya suami saya masih hidup dia
juga semestinya gembira.“Saya sangat berterima kasih kepada Menteri
Besar kerana tidak sampai lima tahun beliau memegang jawatan sebagai MB
tetapi beliau sangat prihatin dengan golongan seperti kami,” katanya.
Dalam majlis itu juga, sembilan orang menerima RM1,500 sebagai
pertolongan khairat kematian waris-waris mereka di bawah Skim Mesra Usia
Emas.
Sebanyak lima buah sekolah sekitar Ijok juga menerima bantuan sebanyak RM5,000 setiap sekolah.
Antaranya, Sekolah Agama Rakyat Kafa Integrasi Al-Hilal, SAR Kafa
Al-Awwabin, Maahad Tahfiz Al-Hidayah Wal Ehsan, Sekolah Jenis Kebangsaan
Cina (SJKC) Yuk Chih dan SJKC Ijok.
No comments:
Post a Comment