Selama 8 tahun PLKN
dilaksanakan boleh tahan jugak jumlah kematian dan kecacatan kekal
kerananya! 19 kematian, 21 cacat kekal! Kalau kira purata lebih kurang 2
orang mati setahun dan lebih kurang 2 atau 3 orang cacat kekal!
Apakah data ini bukan
suatu jumlah yang perlu dipandang serius atau pihak kerajaan Umno/Bn
akan menjawab seperti lazim jawapan yang kerap diberikan, "biasalah....
PLKN-kan program lasak, mati dan cacat tak dapat kita elakkan! Lagi pun
kadar kematian dan cacat kekal itu masih rendah berbanding negara
Asean dan negara dunia yang lain!"
Dimaklumkan bahawa
antara punca kematian ialah masalah kesihatan yang dihidapi pelatiH.
Apakah ini bermakna pihak PLKN mengambil mudah soal kesihatan calon
pelatih sehingga mereka yang tidak fit atau tidak sihat untuk berada
dalam program seperti PLKN dipilih juga untuk berada dalam kem yang
penuh risiko?
Memang sakit pening,
cacat, ajal maut dalam takdir qada' dan qadar Ilahi, namun berasaskan
usaha dan ikhtiyar, rasanya jika pihak PLKN serius dengan penilaian
calon yang mantap perkara kematian dan kecacatan kekal mampu dielakkan.
Yang penting PLKN
jangan terlalu dijadikan medan paksaan asuhan politik tidak sihat kepada
generasi muda negara oleh pihak tertentu sehingga faktor kesihatan dan
keselamatan tidak dipandang utama!GaramLada
Berita dipetik:
KUALA LUMPUR: Sejak
diperkenalkan pada tahun 2004, sejumlah 19 kematian direkodkan dalam Program
Latihan Khidmat Negara (PLKN).
Selain itu, 21 kes lagi melibatkan kecederaan kekal ke atas pelatih dalam tempoh sama.
Kematian pelatih adalah disebabkan pelbagai punca termasuk masalah kesihatan yang dihidapi pelatih.
Perkara itu dimaklumkan kerajaan dalam jawapan bertulis hari ini terhadap soalan Ahli Parlimen Bukit Gantang Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (gambar) di Dewan Rakyat.
Nizar dalam soalannya bertarikh 12 Jun lalu meminta Menteri Pertahanan menyatakan jumlah pelatih yang meninggal dunia dan mengalami kecacatan kekal semasa tempoh latihan.
Beliau yang juga AJK PAS Pusat itu juga mahu penjelasan menteri berhubung berapakah jumlah pampasan yang telah dikeluarkan oleh kerajaan.
Menjawab jumlah pampasan, kerajaan memaklumkan sejumlah RM8.3 juta telah dibelanjakan melalui perlindungan insurans kepada pelatih meliputi kemalangan, kecederaan, kesakitan dan kematian.

Sumber:harakahdaily
No comments:
Post a Comment