Saturday, June 30, 2012

MENGADU KENA KILAS TANGAN!!!Padan muka ko PERKASA , samseng sangat nak serang Lim Guan Eng

 
 “Berdasarkan laporan yang diterima, seorang lelaki yang merupakan anggota Perkasa mendakwa tangannya dikilas daripada belakang dan dipukul salah seorang pengiring ketua menteri ketika dia mendekati rombongan itu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.Bernama

Padan  muka ko PERKASAM, gatai dok serang Ketua Menteri Penang. Puak-puak ni ingat orang nak biaq depa tunjuk samseng. 

Itu baru kena kilas tangan dah mengadu, report kat wartawan. Orang kilas tangan sebab ko dah melampau nak serang Ketua Menteri yag dipilih oleh rakyat.

Puak pencacai UMNO Perkasa ni dok rasa depa boleh buat apa sahaja, polis pun hanya mampu tengok saja . Jadi depa nak ambil kesempatan la. Lepaih kena kilas baru merapak nak cabut lari, hah padan muka...

Polis pun satu hal bila puak perkasa ni dah nampak nak serang Ketua Menteri buat tak nampak ja, bila puak Perkasa ni dah kena baru kelam kabut nak leraikan....Admin

Penang CM Lim Guan Eng was "man handle" while visiting the rakyat.Is this the beginning of what is rumored of a possible "huru hara" in the coming 13th GE? Perkasa,a "MAFIA" organization "sponsored" by UMNO,has now cross all boundaries and Malaysians should now totally disassociate itself from UMNO/BN and that includes it's members and supporters..

The incident took place while Guan Eng was enjoying a Saturday morning stroll in Teluk Bahang,and had a rude shock when a Perkasa member suddenly appeared from behind and brushed his left shoulder and arm.Some local village security and development committee (JKKK) members managed to push away the youth and escorted the chief minister to his car.

Though Guan Eng was uninjured, he was stunned by the incident.Guan Eng arrived at the Teluk Bahang wet market complex at 8am for a walkabout and dialogue session with constituents

Keganasan politik semakin serius. Apa tindakan polis?

Keganasan politik yang dipelopori oleh Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) semakin serius. Apakah tindakan polis di dalam menangani masalah ini? Sehingga pada hari ini, tidak ada sebarang tindakan bagi mengelakkan kejadian seumpama ini daripada berulang.

Pagi tadi, sewaktu Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng sedang melaksanakan siri lawatannya di Teluk Bahang, beliau tiba-tiba diserang oleh sekumpulan pemuda dari Perkasa. Sebelum lawatan Guan Eng menjelang, ahli-ahli Perkasa ini didapati menampal poster-poster yang berbau perkauman di sekitar kawasan yang bakal dilawati Guan Eng, sambil mengancam para penduduk di kawasan tersebut agar tidak menunjukkan sokongan mereka kepada ketua menteri itu.


Sewaktu Guan Eng diserang, terdapat beberapa orang anggota polis yang sedang bertugas di kawasan tersebut, tetapi anggota-anggota polis yang berada di situ hanya memerhati kejadian tersebut tanpa mempedulikan keselamatan ketua menteri dan orang ramai yang berada di tempat kejadian.


Sebelum ini, Guan Eng juga pernah diserang oleh ahli-ahli Perkasa sewaktu beliau berada di Padang Kota dan laporan polis telahpun dibuat oleh beliau berikutan kejadian tersebut, namum tidak ada sebarang tindakan susulan daripada pihak polis dan sehingga pada hari ini, penyerang tersebut masih belum lagi diberkas.


Dan berlaku lagi kejadian yang hampir sama pagi tadi, di mana, Guan Eng hampir cedera akibat diserang oleh sekumpulan ahli-ahli Perkasa tersebut. Polis sekali lagi gagal berbuat apa-apa untuk memerangi keganasan yang dipelopori oleh Perkasa.


Kenapa polis enggan mengambil tindakan terhadap Perkasa yang jelas mengancam keselamatan seorang pemimpin kerajaan negeri? Ianya jelas, kerana Pulau Pinang diterajui Pakatan Rakyat yang juga merupakan pembangkang di parlimen.


Polis Di Raja Malaysia adalah di bawah Kementerian Dalam Negeri di mana menterinya Datuk Hishammuddin Hussein adalah seorang naib-presiden kanan Umno. Umno pula adalah peneraju utama kerajaan pusat Barisan Nasional (BN). Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar pula taat setia kepada Datuk Hishammuddin tanpa mengira tanggungjawab profesionalnya untuk masyarakat.


Cuba bayangkan apakah yang akan berlaku jika ahli-ahli Perkasa tersebut menyerang Perdana Menteri Datuk Najib Razak sewaktu "lawatan beliau ke Teluk Bahang"? Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali akan merupakan orang pertama yang akan diberkas dan dimasukkan ke Pusat Tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Kamunting,Taiping dan Perkasa akan segera diharamkan. Najib mungkin akan mengisytiharkan darurat di Pulau Pinang berikutan "kejadian" tersebut.


Tetapi oleh kerana kejadian tersebut hanya menimpa seorang pemimpin kerajaan negeri Pakatan Rakyat, maka pihak polis pula tiarah menutup sebelah mata kerana mangsa kejadian tersebut bukannya dari kalangan  pihak BN ataupun Umno. Lagipun Perkasa adalah sekutu kuat Umno yang sedang memerintah kerajaan pusat.


Berikutan kejadian tersebut, apa kata pengerusi BN Pulau Pinang Teng Chang Yeow? Sehingga sekarang Teng dan rakan-rakannya di dalam Gerakan, MCA, MIC dan PPP yang bersama dengan Umno masih gagal mengeluarkan sebarang kenyataan untuk mengutuk kejadian tersebut ataupun menyatakan bantahan mereka terhadap keganasan Perkasa.


Ini adalah kerana Gerakan, MCA, MIC dan PPP takut reaksi Umno jika sekiranya mereka mengutuk Perkasa secara terbuka. Itu adalah amat jelas. Para pemimpin parti-parti komponen BN sememangnya takut dan tunduk kepada ketuanan Umno yang jauh lebih tinggi kedudukannya.


Polis Di Raja Malaysia? Semacam Polis Di Raja Umno sebenarnya.
 
viktorwong-socialaffairs

6 comments:

  1. Mereka ni sedang menunjuk perasaan kepada ketua menteri PP. Jadi LGE kena la terima hakikat yg bukan semua rakyat setuju dgn beliau. Bersih 3.0 pun penuh dgn pertembungan fizikal & maki hamun kepada pihak berkuasa. Bukan ke korang jugak yg kata demontrasi atau tunjuk perasaan ni sebahagian dari demokrasi.

    ReplyDelete
  2. Puak2 polis ni dah banyak sangat makan rasuah. Pasal tu depa dah tak tau nak beza yang mana baik yang mana buruk

    ReplyDelete
  3. puak perkasa umno tak setuju tunggu pilihanraya la bukan main serang bodo macam tu.

    kalau rakyat dah hilang sabar kat puak umno bodo ni mampuih kena belasah. itu la yg najib nak supaya boleh umum mageran, tak payah buat praya utk terus berkuasa

    ReplyDelete
  4. Umno menunjukkan yang mereka sudah sampai kepenghujung riwayat... umno bakal berkubur selamanya...

    ReplyDelete
  5. Janganlah ko org nak harapkan PRU13 diadakan kerana ianya hanya angan-angan ko org aje...PRU13 DITIADAKAN HINGGA TAHUN 2020, HANYA MEMBAZIRKAN AIR LIOR!!!!!...BIAR UMNO DGN LABU-LABUNYA kerana RAKYAT dipeKENA DULUkan >>A GO GO<<

    ReplyDelete
  6. Aku nampak dalam mana2 blog, orang yang pertama komen mesti seorang hulubalang UMNGOK yang kerjanya tak lain mengiakan apa saja yang dibuat partinya, walaupun perbuatan tu diluar tabii manusia berotak dan bertamaddun. Tak heran...memang ko ni dibayar oleh UMNGOK kan? Hei sdr, cuba pikir sikit, perbuatan yang dilakukan oleh samseng tu dikategorikan sebagai jenayah tau tak? Sebab menyerang orang dengan niat nak mencederakan. Takkanlah kerana tak suka LGE maka dia boleh dibunuh? Ini perangai barbarian mana ni? Astaghfirullah alazimmmm....

    ReplyDelete