Hari
ini TPM Muhyiddin Yassin ke Taiping di sebelah pagi. Sebelah petangnya
dia berada di Batu Kurau (loghat cakap orang Batu Kurau sedap didengar).
Lebih kurang pukul 4 petang tadi, kami dihambat ke tepi oleh polis
kerana ‘Sultan’ Muhyiddin nak lalu. Kami ke arah Redang Panjang,
Muhyiddin ke arah Taiping dengan berpuluh polis serta deretan Perdana
dan Inspira hitam. Gaya mengalahkan ganster jalanan!! Sibuk gamaknya dan
perlu memecut sakan!!
Kami ke Redang Panjang kerana menziarahi
kawan dan ingin menikmati jalan sesak di Batu Kurau hari ini. Sampai di
Batu Kurau agak sesak walaupun Muhyiddin telah berlalu. Ada lima enam
buah bas yang menyebabkan jalan sesak kerana ingin mengambil semula
orang yang meramaikan majlis Muhyiddin.
Mengikut maklumat yang diperolehi,
setiap sekolah wajib menghantar 5 orang guru dan yang selebihnya
dijemput hadir untuk kenduri Muhyiddin di Taiping dan Batu Kurau hari
ini.
Harapnya Muhyiddin takyahlah sembang
besar sangat kalau program yang diadakan terpaksa kerah dan punggah
orang untuk hadir. Kalaulah guru dikerah, takkan jabatan lain tak kena
paksa untuk datang?
Pssst :Tak gamak ke hampa kalau tak kerah orang??ekeleh
No comments:
Post a Comment