Pakatan
Rakyat (Pakatan) telah membuat ketetapan bahawa hanya Melayu Islam akan
dilantik sebagai Perdana Menteri seandainya gabungan itu berjaya
memenangi Pilihanraya Umum ke 13 (PRU13) akan datang.
Ketua DAPSY Pusat, Anthony Loke berkata, DAP sebagai parti dalam Pakatan bersama PKR dan Pas tidak pernah mempertikaikan perkara itu dan keputusan telah dicapai mengenainya.
“Jika Pakatan berjaya dalam pilihanraya umum nanti dengan menguasai Putrajaya maka Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dlantik sebagai Perdana Menteri. Bukankah Anwar seorang Melayu Islam?,” soalnya.
Anthony berkata demikian kepada TVSelangor hari ini bagi mengulas kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mengatakan jawatan Perdana Menteri perlu diisi Melayu Islam sebagai wakil kaum terbesar dan berpengaruh di negara ini.
Abdul Hadi dalam laporan media berkata, Pas berpegang kepada asas resolusi pakatan pembangkang yang berpandukan Perlembagaan yang jelas mengenai Islam sebagai agama Persekutuan, hak Bumiputera, bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan Raja Berpelembagaan.
“Perlembagaan memang tidak menyebut siapa-siapa (Perdana Menteri)…..itu semua orang tahu tapi dari segi realitinya, kita perlu ikut kaedah demokrasi iaitu kepemimpinan mestilah dari kalangan kaum terbesar yang berpengaruh (Melayu),” katanya yang juga Ahli Parlimen Rasah.
Sebelum ini, Pengerusi DAP, Karpal Singh dilaporkan mahu terus berjuang untuk membolehkan bukan Melayu dilantik menjadi Perdana Menteri.
Anthony menambah, DAP tidak akan melayan sebarang laporan berita sebegitu yang dimainkan media pro Umno-BN yang cuba menggambarkan ketidaksepakatan pakatan pembangkang.
Beliau berkata, keputusan sudah dibuat mengenainya dan tidak perlu dipertikaikan lagi.
“Kita tidak akan terperangkap dengan sebarang cubaan untuk mengganggu gugat keutuhan yang telah dibina dalam Pakatan.
“Apa yang pasti usaha itu tidak memberi sebarang kesan,” katanya. -selangorku

Realiti Malaysia PM perlu Melayu Islam
ALOR SETAR: PAS memegang asas bahawa Perdana Menteri bagi sebuah negara yang mengamalkan demokrasi adalah ditentukan berdasarkan kaum yang paling besar dan pengaruh di negara itu.
Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, begitu juga di Malaysia, di mana realitinya Melayu Islam adalah kaum terbesar.
"Mengikut kaedah politik yang berasaskan demokrasi, kepimpinan hendaklah dari kaum yang paling besar berpengaruh.
"Sehingga kini semua kaum di Malaysia menerima hakikat bahawa Melayu Islam adalah kaum terbesar," katanya pada sidang media di Kompleks PAS Kedah di sini tengah hari tadi.
Turut serta pada sidang media itu, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ustaz Azizan Abdul Razak, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar dan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan wartawan yang menanyakan pendirian PAS berhubung isu yang dimomokkan Umno kononnya DAP mahu menjadi Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat mengambil alih pemerintahan negara.
"Lim Guan Eng sendiri pernah menyatakan yang dia mahupun DAP tiada hasrat nak jadi perdana menteri.
"Dia tahu realiti Malaysia bahawa orang Melayu paling besar," celah Mustafa Ali.
"Kita dah sepakat dalam mesyuarat majlis Pakatan bahawa perdana menteri adalah Melayu Islam asalkan bukan Umno BN," tambah Mahfuz pula.
Mengulas lanjut, Tuan Guru Abdul Hadi sekali lagi menegaskan bahawa PAS dan Pakatan Rakyat akan menjunjung apa yang termaktub perlembagaan negara.
Perkara itu katanya telah dipersetujui bersama dalam resolusi Pakatan Rakyat.
Ianya termasuk soal Islam sebagai agama persekutuan, hak bumiputera, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan serta raja sebagai ketua negara.
Terdahulu beliau menyampaikan amanat presiden sempena Himpunan Hijau ke Putrajaya yang berlangsung di sini hari ini.
Mengulas pemilihan Kedah sebagai tuan rumah program ini Abdul Hadi berkata ianya kerana Kedah adalah paling ramai ahli PAS dan antara negeri yang mahu dipertahankan PAS pada PRU 13 akan datang selain negeri-negeri lain. -HD
lepas anwar jd pm lepas tu sape plak?
ReplyDeleteSila Balas.. ni utk masa depan negara jugak.. lai lai. balas2,, mau tau siapa Pm lepas Anwar??
ReplyDelete