Saturday, June 23, 2012

PANAS!!! UMNO Perlis pecah, Perlis diambang kejatuhan

Bekas Ketua Penerangan Umno negeri berkata, Umno Perlis masih diselubungi perpecahan antara kumpulan Md Isa dan Shahidan.
KANGAR: Seorang pemimpin veteran Umno Perlis meramalkan BN akan tumbang dalam pilihan umum ke 13.

Bekas Ketua Penerangan negeri, Datuk Hashim Suboh berkata, pertelagahan sesama pemimpin dan wakil rakyat Umno yang tercetus sejak 2008 belum berakhir.

“Menteri Besar Datuk Seri Mohd Isa Sabu belum mengambil sebarang langkah untuk merapatkan semula hubungannya dengan pemimpin lain.

“Beliau harus ingat musuh beliau bukan Shahidan seorang.  Mana-mana ADUN yang tidak dilantik semula itu adalah musuh-musuhnya.

“Lagi pun, Mohd Isa seorang pemimpin yang lemah dan tiada kebolehan,” kata penyokong kuat bekas Menteri Besar Datuk Seri Shahidan Kassim.

Kumpulan Shahidan

Perpecahan Umno Perlis bermula selepas pilihan raya umum 2008,  apabila Shahidan tidak dilantik semula sebagai Menteri Besar.

Selepas menjadi Menteri Besar, Mohd Isa membuat rombakan kabinet  negeri dengan mengetepikan  penyokong kuat Shahidan.

“Bohong jika mengatakan Umno Perlis kuat,” kata Hashim.

“Jika ada kenyataan seperti itu, sama ada kepimpinan negeri menipu atau pemimpin Pusat tidak mengambil peduli Umno Perlis.”

Hashim menambah, mesyuarat Umno berkelompok Umno  Kangar baru-baru ini boleh dijadikan ukuran.

“Ketua-ketua cawangan yang datang tidak sampai 50 peratus,  Wanita (60 peratus) manakala Pemuda dan Puteri sekitar 20 hingga 30 peratus.
“Perlis di ambang kejatuhan,” katanya lagi.

2 comments:

  1. cukuplah umno...perjuangan kamu x kemananya....insaflah, sedarlah, perjuangan utk kaum tiada feadaahnya....mampus free je...tp klu kamu berjuang bermati2an dlm islam, maka dunia n akhirat kamu dapat...

    ReplyDelete
  2. Wow! Harap2 sungguh la.. Dah lama tunggu MB PAS ni, hehe..

    ReplyDelete