PARIT BUNTAR, 4 Jun : Dewan
Pemuda PAS Parit Buntar mengambil peluang kehadiran Presiden PAS Tuan
Guru Dato' Seri Haji Hadi Awang untuk mengadakan Program Jamuan
Tengahari Bersama Presiden PAS.
Bendaharinya
Ridhuan Othman berkata, Dewan Pemuda telah menjual kupon majlis makan
tengahari berkenaan kepada orang ramai yang ingin bersama Presiden PAS.
"Tuan Guru Presiden hadir ke Parit Buntar menyampaikan sumbangan kepada warga emas pelbagai kaum di Pekan Lama, Parit Buntar.
"
Beliau kemudian hadir ke majlis makan tengahari ini. Hampir 1000 orang
telah hadir dalam program ini yang bertujuan mengumpul dana pilihanraya
Dewan Pemuda PAS Parit Buntar" katanya
Ridhuan
berkata, Presiden PAS telah memenuhi harapan orang ramai untuk makan
tengahari bersama beliau dan menyampaikan pesanan perjuangan dalam
majlis berkenaan.
Turut
hadir menemani Presiden PAS ialah Pesuruhjaya PAS Perak Ust. Abu Bakar
Husin dan Ahli Parlimen Parit Buntar Dr. Mujahid Yusuf Rawa.
No comments:
Post a Comment