Cabaran Najib supaya Pakatan Rakyat mengadakan himpunan di stadium sudah disambut oleh PAS. Cukup PAS sahaja dah melimpah stadium mengatasi himpunan Umno.
Nah, sekarang Najib kena sambut cabaran Pakatan Rakyat malah rakyat Malaysia supaya berdebat dengan Dato' Seri Anwar Ibrahim.
Najib jangan jadi manusia bacul dan pengecut .......Admin
ALOR SETAR (1.6.12): Himpunan Hijau ke Putrajaya yang diadakan di
Stadium Darul Aman, Alor Setar, Kedah berjaya mengumpulkan kehadiran
yang melebihi 100,000 orang. Kejayaan himpunan ini dilihat sebagai tanda
sokongan ahli-ahli dan penyokong Pas yang seakan tidak sabar lagi untuk
ke Putrajaya bagi merealisasikan impian Pas menegakkan syiar Islam
dibumi Malaysia.
Orang ramai yang hadir daripada segenap pelusuk negara membanjiri dalam
dan juga luar stadium untuk bersama-sama dengan pimpinan tertinggi Pas.
Mari ikuti rentetan perjalanan Himpunan Hijau ke Putrajaya.
|
Pimpinan tertinggi Pas bersama-sama berdiri menyanyikan lagu rasmi Pas |
|
YB Mahfuz Omar yang bertindak selaku pengacara majlis |
|
Ucapan alu-aluan oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak |
|
Tentu ada sesuatu yang menggelikan hati |
|
Tuan Guru Haji Salleh Musa dari Sik, Kedah juga turut serta dipentas utama |
|
Bekas selebriti tv Al-Hijrah, Mohd Zaid Abdullah |
|
Setiap sudut di
dalam stadium ini telah dipenuhi sehinggakan masih ramai lagi yang
berada diluar stadium terpaksa menyaksikan acara himpunan hijau ini
melalui 2 skrin besar yang disediakan oleh pihak penganjur |
|
Bekas penyanyi Janji Manismu, Aishah turut berucap |
|
Dengan genangan
airmata, Aisyah mengharapkan agar ramai lagi artis-artis yang dapat
'diselamatkan' daripada terus lalai dengan kehidupan dunia mereka |
|
Datuk Fauzi Shaari, mantan Pengarah Siasatan Jenayah PDRM yang telah menyertai PAS baru-baru ini menyampaikan ucapan beliau |
|
Dato' A Samad Said, Sasterawan Negara turut menyampaikan sebuah sajak bersama ucapannya |
|
Penyokong PAS yang berbangsa Tionghua ini kelihatan sentiasa tersenyum sambil mengibarkan bendera Pas |
|
Datuk Mustafa Ali, Setiausaha Agung PAS mengetuai bacaan ikrar |
|
Bekas pemain
bolasepak kebangsaan dengan diketuai oleh Sdr Radhi Mat Din melakukan
gimik dengan menendang 13 biji bola ke udara, menandakan di PRU-13
nanti, Pas akan ke Putrajaya |
|
Bekas Ketua
Setiausaha Kementerian Tanah dan Koperasi, Prof. Datuk Dr Nik Mohd Zain
Mohd Yusof menyerahkan borang keahlian kepada Presiden PAS, Tuan Guru
Haji Abdul Hadi Awang |
|
Pelukan tahniah daripada Tuan Guru Haji Hadi buat Prof Datuk Dr Nik Mohd Zain |
|
Prof Datuk Dr Nik Mohd Zain berjanji menghabiskan sisa umur beliau untuk berjuang bersama-sama dengan PAS |
|
Kepimpinan ulama bersama-sama dengan rakyat. Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Ustaz Nik Zawawi |
|
Timbalan Presiden PAS, Tuan Haji Mohd Sabu |
|
Presiden PAS, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang |
|
Dua orang ulama kesayangan umat |
|
Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat, menyampaikan ucapan ringkas |
|
Doa pimpinan Tuan Guru Nik Aziz mengakhiri Himpunan Hijau ke Putrajaya malam ini |
|
Sentiasa bantu membantu dalam menyebarkan kalimah ALLAH |
|
Blogger Ajijoi bergambar dengan berlatar-belakangkan ribuan peserta Himpunan Hijau |
|
Orang ramai yang tidak dapat masuk ke dalam stadium menunggu untuk bersalaman dengan pimpinan dipintu stadium pada akhir acara |
|
Gambar stadium yang dipenuhi oleh peserta-peserta Himpunan Hijau ke Putrajaya. Ajijoi | | | | | | | | | | | | | Ajijoi |
No comments:
Post a Comment