Beberapa orang bertanya kepada
saya samada saya benar-benar yakin yang BN akan kalah dalam pilihanraya yang
akan datang ini. Mereka bertanya samada saya hanya berkata-kata untuk
menyedapkan hati saya. Mereka bertanya samada saya komited dengan apa yang saya
katakan yang UMNO Baru akan tumbang dalam pilihanraya ini.
Jawapan saya senang sahaja. Yang
pasti UMNO Baru sudah pun tumbang kerana sekarang ini kita tidak nampak lagi
ciri-ciri UMNO yang ada pada UMNO Baru yang tertubuh pada bulan Februari 1998
itu. Nama UMNO itu memang ada tetapi UMNOnya sudah tidak ada lagi.
Jika benar UMNO itu masih ada,
kita tidak akan mengalami keadaan kegusaran di kalangan pemimpinnya kerana UMNO
itu pada hakikatnya merupakan parti baik pada asalnya. Tetapi segala apa yang
ada pada asasnya dalam UMNO itu sudah tidak wujud lagi. Jika UMNO itu masih
wujud pilihanraya sepatutnya telah diadakan tetapi oleh kerana ‘attribute’ UMNO
itu sudah tidak wujud lagi maka pilihanraya masih belum dapat di adakan.
Saya berkata demikian kerana UMNO
yang hakiki itu tidak takut untuk memanggil pilihanraya kerana UMNO itu
mempunyai ‘attribute’ yang baik pada asalnya dan rakyat tidak teragak-agak
untuk menyokongnya. Tetapi parti yang bernama UMNO sekarang ini sentiasa dalam
kegelisahan untuk menghadapi rakyat dan jika ia berada di dalam kegelisahan itu
bukannya UMNO. UMNO itu hanya wujud pada
kulitnya sahaja.
Lagi pula kita boleh lihat
sekarang, kita tidak melihat ahli-ahli
UMNO memakai baju-T parti itu lagi. Tidak seperti dulu.. ahli-ahli UMNO sendiri
malu untuk mengenakan baju-T parti itu kerana mereka tahu parti itu menjadi
alat dan bahan lawak oleh rakyat yang sudah bermaklumat. Mereka tidak lagi
memandang tinggi kepada UMNO itu dan ini disedari oleh pemimpin-pemimpin dan
ahli-ahli parti itu sendiri.
Kalau dahulu anak-anak muda
berbangga mengenakan pakaian yang berlambangkan UMNO tetapi kini mereka tidak
mahu mengenakan pakaian berlambangkan UMNO itu dikhalayak ramai. Selalunya
apabila ‘mood’ pilihanraya sampai anak-anak muda akan mengenakan pakaian UMNO
itu dengan bangga dan megah.
Sekarang ini pemuda-pemuda UMNO
sendiri menyorok-nyorok apabila mengenakan pakaian UMNO itu. Ini merupakan keadaan yang sangat berlainan semasa
dahulu. Itulah sebabnya saya katakan UMNO itu sudah mati dan tidak bernyawa
lagi. Dalam pada kita sedang tertunggu-tunggu pilihanraya ini, kita tidak
mendengar suara Ketua Pemuda nya akhir-ahir ini.
Saya kadang-kadang tidak teringat
kepada Ketua Pemuda UMNO Kebangsaan kerana sudah lama kita tidak mendengar
suaranya sekarang ini. Dalam pengalaman dahulu, dalam keadaan sekarang pemuda itulah yang nampak bergerak
dan bergiat di mana-mana. Jika scenario ini berterusan maka saya berkeyakinan
yang UMNO akan menjadi sejarah tidak lama lagi. Ketua Pemuda UMNO tidak nampak
dimana-mana akhir-akhir ini. Mungkin beliau tidak berapa sihat agaknya.
Kita tidak nampak lagi
pemuda-pemuda di cawangan-cawangan bergerak seperti dahulu. Yang bergerak
sekarang hanyalah Presidennya dan kadangkala Timbalam Presidennya sahaja.
Bagaimana sebuah parti yang mengaku gagah perkasa tidak bergerak diperingkat akar umbi?
Sekarang ini hanya Najib sahaja yang berusaha melakukan semua kerja sedangkan ahli-ahli dan pimpinan di bawah tidak berbuat apa-apa.. Najib ini seperti peranan Syawal ibni Zulkaedah di dalam filem arahan P. Ramlee, Ahmad Albab… semua kerja Syawal yang buat..Najiblah manager, Najib jugalah postman, Najib jugalah kerani dan Najib jugalah jadi jaga! Syawal berkahwin dengan Mastura dengan mas kawinnya FREE.
Sekarang ini hanya Najib sahaja yang berusaha melakukan semua kerja sedangkan ahli-ahli dan pimpinan di bawah tidak berbuat apa-apa.. Najib ini seperti peranan Syawal ibni Zulkaedah di dalam filem arahan P. Ramlee, Ahmad Albab… semua kerja Syawal yang buat..Najiblah manager, Najib jugalah postman, Najib jugalah kerani dan Najib jugalah jadi jaga! Syawal berkahwin dengan Mastura dengan mas kawinnya FREE.
UMNO mempunyai ahli seramai 3.3
juta orang, tetapi tidak bergerak diperingkat akar umbi. Jadi UMNO itu ibarat
seorang yang gemuk dan mempunyai tubuh yang besar tetapi mereka tidak dapat
bergerak kerana berat badan yang keterlaluan. Ia seolah-olah seorang badan yang
besar tetapi apabila berjalan mengheret kaki dan tidak berdaya untuk membuka
langkah.
Sesungguhnya UMNO mampu jika
pemimpin-pemimpin sekarang mahu berkorban untuk menyelamatkan parti itu. Tetapi
semua tahu yang mereka (pemimpin-pemimpin) tidak mahu berkorban untuk
keselamatan parti mereka. Mereka sanggup melihat parti mereka tersungkur, namun
untuk berkorban tidak sekali.
Barisan pimpinan tertinggi UMNO
masih dalam ‘denial syndrome” dan tidak mahu mengaku yang mereka sedang ditolak
oleh rakyat yang mengundi. Keahlian yang ramai berjuta orang itu tidak dapat
membantu pimpinan untuk memenangkan UMNO itu. Malah keahlian yang ramai itu
menjadi beban kepada parti itu dengan masalah dalaman yang berlaku disetiap
peringkat parti itu.
Jika keahlian yang ramai itu
boleh diharapkan untuk memenangkan UMNO tidak mungkin parti itu menjadi
sebegini lemah. ‘Bottom line’nya ialah apakah keputusan rakyat apabila sampai
dalam bilik mengundi itu.
Apabila sampai dalam bilik
mengundi, semasa itu tidak ada lagi ahli UMNO atau apa-apa parti sekali pun.
Pengundian akan digerakkan oleh perasaan yang ada dalam naluri masing-masing
pengundi.
Kita mesti ingat seramai 1.5 juta
ahli UMNO memilih untuk menyokong calon pembangkang dalam PRU yang lalu. Apakah
UMNO mampu untuk menghalang perkara yang sama dari berlaku dalam PRU yang akan
datang ini? ‘Intuition’ saya berkata tidak ada siapa yang mampu untuk
menghalang ahli-ahli UMNO memberikan undi kepada calon pembangkang.
Najib dan Muhyiddin tidak mampu
untuk menghalangnya walaupun berbagai-bagai cara untuk membeli perasaan rakyat
sedang dilakukan oleh mereka. Kebarangkalian andaian saya ini salah adalah
kecil. Walau bagaimana sesiapa pun boleh tidak bersetuju dengan pandangan saya
ini.
Saya bukan orang pandai tetapi
pengalaman menghadapi isu ini ada sikit-sikit kepada saya dan ramai lagi dari
kalangan orang UMNO sendiri. Begitulah jawapan saya kepada beberapa orang yang
bertanya saya semalam.Aspan Alias
Semasa pru kecil Bukit Gantang saya lihat orang UMNO terus tukar t shirt berlambang Umno dan BN selepas perarakan calun.
ReplyDeleteTidak nampak di bandar Taiping orang pakai baju logo Umno masa makan tgh hari di restoran dan kedai sekitar pekan.
Kesian nya budak budak sekolah pakai baju biru.
ReplyDeletesemuanya tak sekolah......belajar tinggi-2.tapi semuanya bodoh....wahaiPASPB,ADAKAH ANDA BELAJAR DAH CUKUP TINGGI.....RENUNG-2KAN YER....DISEBABKAN ORANG-2 MACAM KAMULAH,MELAYU HANCUR....JADIKANKANLAH IA SEBAGAI SATU IKTIBARRRRR.SEPATUTNYA CARI JALAN MACAM MANA KITA HENDAK MENYATUKAN MELAYU,BUKAN HANCURKANYAAAAA.BODOHHHHHHH
ReplyDeletedah marah sangat pencacai umporno dgn artikel ni. nak renung apa lagi .umno dah nak mampus. renung nanti termenung la.
ReplyDeletenak satukan melayu. ini ungkapan cari makan umno untuk berkuasa