Akhbar Al-Ahram, akhbar rasmi pemerintah Mesir- mengeluarkan berita dari
KPU Pilihanraya Pusat telah meenyelesaikan pertikaian pengiraan undi Presiden Mesir.
Hasilnya pengiraan semula di beberapa TPS bermasalah itu tidak
mempengaruhi keputusan akhir pengiraan undi pilihanraya Mesir yang dimenangi
oleh Dr. Muhammad Mursi, calon revolusi dari Ikhwanul Muslimin dan
Hizbul Hurriyah wal Adalah (FJP)
Sumber dipercayai menyatakan hasil pengiraan akhir hari Sabtu ini yang
dilakukan oleh Ketua dan Anggota KPU telah memutuskan keputusan akhir.
Sumber itu menjelaskan bahawa Dr. Mursi masih kekal sebagai pemenang
setelah pengiraan semula beberapa TPS yang dipertikaikan.
Pada masa yang sama tokoh nasional, parti politik menyatakan bergabung bersama Dr. Mursi dalam mengisi masa depan Mesir.
Sementara itu Ikhwanul Muslimin memperingatkan dan berwaspada
untuk memainkan keputusan pilihanraya . Ikhwan menyampaikan beberapa risalah untuk
meyakinkan rakyat Mesir dan menegaskan bahawa revolusi Mesir
berjalan dengan damai.
Demikian juga Ikhwan disokong oleh perlbagai elemen masyarakat dan parti
politik menentang keputusan-keputusan yang dikeluarkan oleh majlis
tinggi ketenteraan Mesir yang berusaha melemahkan semangat revolusi.
Hari Ahad, 24 Jun 2012 pukul tiga petang -bi idznillah- Ketua
KPU Mesir, Faruq Sulthan akan mengumumkan kemenangan Dr. Mursi sebagai
presiden Mesir untuk tempoh 2012-2017. [aljazeera.net]
No comments:
Post a Comment