Dua ekor beruang panda yang dipinjamkan kerajaan China kepada Malaysia
seperti yang dilaporkan The Straits Times Singapura pagi tadi rupanya
masih belum mempunyai nama.Seperti juga isu kucing, Najib Altantuya
sekali lagi menunjukkan 'ketidak seriusannya' dalam soal pentadbiran
negara tetapi lebih tertumpu dengan perkara yang remeh yang akhirnya
mengundang ketawa seluruh dunia. Sudahlah bakal menantunya buat perangai
semalam, kunun untuk meredakan tekanan akibat terdesak mempertahankan
Putrajaya, Najib Altantuya meminta rakan di Facebooknya supaya menamakan
dua ekor beruang kunun sesuai dengan citarasa Malaysia.
Lalu berduyunlah 'rakannya' memberi cadangan seperti Altantuya dan
sebagainya sebagai tanda 'prihatin' mereka kepada seruan pemimpin yang
semakin hampir dengan Tribunal Grande de Instance di Paris atas dakwaan
rasuah kapal selam Scorpene sepuluh tahun lalu!Tindakan Najib Altantuya
yang mengalu-alukan orang ramai menamakan dua ekor panda yang dipinjam
Malaysia daripada negara China akhirnya mengundang pelbagai reaksi lucu.
Dalam laman Facebook berbahasa Cinanya, Najib yang menggelar dirinya "Ah
Jib Gor" (Abang Najib) berkata kedua-dua ekor binatang itu mewakili
hubungan baik dengan republik itu."Spesis panda sudah hampir pupus,
namun China bersetuju meminjamkannya kepada kita. Ini membuktikan China
percayakan kita.
"(Panda) akan menjadi pengalaman pendidikan untuk rakyat Malaysia. Ia
membenarkan kita memahami lebih banyak tentang binatang dan meningkatkan
kesedaran kepada kerja-kerja perlindungan," tulis Najib.Bagaimanapun,
mesej serius perdana menteri berakhir dengan komen berbentuk selaran
banyak pihak yang beranggapan langkah itu hanya membazir.
Sebahagiannya mengambil peluang itu dengan memperolokkan Najib Altantuya
dan isterinya Rosmah Mansor dengan menamakan panda itu sebagai "cincin
dan beg beg (cincin cushion cut diamond bernilai RM24.4 juta - beg beg
kerana koleksi beg tangan Rosmah yang berharga ratusan ribu ringgit)",
"Altantuya dan Scorpene (merujuk kepada skandal rasuah komisen kapal
selam kelas Scorpene dan pembunuhan model Mongolia, Altantuya
Shaaribuu)" dan "Rara dan Suahsuah" (bermaksud Rasuah).
Dh nyanyok dh,buat benda mengarut je la...takpe la,tak lama lg pun...
ReplyDeleteBagi nama yg sekor tu Altan & dan sekor lagi Tuya bagus jgk, kalau ad sekor lagi bg nama C4
ReplyDelete