Jangan terkejut. Sudah tidak lagi menjadi ribut, Prof Dr Abdul Aziz Bari
pasti akan bertanding PRU-13 di Parlimen Sabak Bernam. Beliau sudah
melakukan gerak kerja politik di sini sejak berhenti daripada menjadi
pensyarah UIAM dalam kontroversinya dengan pihak Istana Selangor.
Aziz mengesahkan kepada Blogger Sanggahtoksago.Com, sudah
beribu-ribu kad nama mengajak rakyat melakukan perubahan dan menyokong
beliau sebagai calon PKR di Sabak Bernam ditabur kepada pengundi sasar.
Pelbagai program penerangan dan 'turun padang' telah dan sedang
diterajuinya.
Pakar Perlembagaan itu telah berkampung sebaik beliau mengambil
keputusan meninggalkan UIAM dan terjun ke dunia politik Pakatan Rakyat.
Kini beliau adalah calon PKR yang sudah popular di Sabak Bernam dan
sedang menunggu Parlimen dibubar bagi membolehkan PRU-13 diadakan
segera.
http://sanggahtoksago.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment